Bitter Sweethaert


"Mencintai drimu bagaikan menghulurkan leher pada pedang Samurai. Hanya menunggu masa untuk dipancung!"

BAB 1

Dania berjalan penuh bergaya melalui koridor. Sejak dari semalam, hatinya sangat berbunga-bunga. Dia merasakan inilah hari yang paling indah bakal ditempuhi selama hidup di muka bumi. sebentar lagi, Dania akan bertemu seorang pemuda. bagi Dania, pemuda itu akan membuatkan dirinya bahagia sampai bila-bila.

Setelah melewati koridor itu, dia memasuki sebuah kelas tidak berpenghuni. Tanpa berlengah lagi, Dania terus duduk di atas salah sebuah kerusi yang terdapat di dalam kelas itu. Senyuman melebar masih terukir di bibir Dania. Dadanya semakin kembang. Dia membayangkan, pemuda yang akan ditemui nanti, pasti akan membuatkan hatinya yang berbunga itu akan mekar setiap masa.

Sambil itu, dia memandang jam tangan. Dia merasakan pergerakkan jarum jam terlalu lambat.

"Mana dia ini..." rungut Dania sendirian. Sambil itu dia masih lagi memandng jam di tangan.

"Ehem!" tiba-tiba satu suara memecahkan kesunyian di dalam kelas itu.

Cepat-cepat Dania berpaling. Dia mendapati seorang pemuda berkulit putih berdiri memandangnya. Dania mengukir senyuman kepada pemuda itu.

"Baru sja saya sampai..." Kata Dania tanpa ditanya pemuda berkulit putih itu.

"Aku tak tanya pun baru sampai atau tidak." Ujar pemuda berkulit putih serius.

"Dah makan?" tanya Dania ramah. Dia mengambil kerusi yang kebetulan ada di sebelahnya. Kerusi itu disorongkan kepada pemuda berkulit putih. "Duduklah..." sambunng Dania.

"Saya jumpa awak ini bukannya nak lama-lama," kata pemuda berkulit putih.

"Takkan nak berjumpa sekejap saja?" tanya Dania.

"Kau sedar tk? Kan sekarang waktu rehat, mana boleh nak jumpa lama-lama. Lagipun, aky tak makan lagi. Kalua aku jumpa kau di sini lam-lama, alamtnya aku mesti tidak makan!" kata pemuda berkulit putih.

"Ingatkan awak dah makan. Tapi... kalau awak tak boleh nak jumpa saya lama-lama time rehat, apa kata kita jumpa lepas sekolah? Boleh?" cadang Dania.

"Aku nak tanya terus teranglah. Kenapa kai beria-ia nak jumpa aku? Yalah, sejak dari dua minggu lepas, sampailah semalam. Asyik nak jumpa aku saja. Ada apa?" Tanya pemuda kulit putih terus terang.

"Er..." Dania tidak dapat meneruskan kata-kata.

"Cakaplah... Apa yang penting sangat?" samb ung emuda berkulit putih.

"Saya bukan apa, saya nak tanya, Er..." Dania memandang wajah pemuda berkulit putih.

"Cakaplah... kalau kau susah sangat nak cakap, lebih baik tak payah berjumpa," pemuda berkulit putih mula melangkah untuk keluar dari dalam kelas itu.

cepat-cepat Dania menegah. Dia memegang tangan pemuda berkulit putih dan mengajak pemuda berkulit putih masuk semula ke dalam kelas tersebut.

"Saya sebenarny nak tanya. Awak sudah baca surat saya atau belum?" tanya Dania. Dalam pada itu, dia mengukirkan senyuman kepada pemuda berkulit putih yang berdiri di hadapannya.

"Surat? Suarat apa?" tanya pemuda berkulit putih sambil tergaru-garu kepala.

"Kan saya pernah beri awak surat tiga minggu lalu..." Jawab Dania terus terang.

"Surat yang mana?" tanya pemuda berkulit putih itu lagi.

"Surat berwarna merah jambut. takkan awak tak ingat?" tanya Dania pula.

Pemuda berkulit putih memejamkan mata. Cuba untuk mengingati surat berwarna merah jambu yang dimaksudkan Dania sebentar tadi. Namun setelah beberapa ketika cuba untuk mengingati, ternyata pemuda berkulit putih gagal untuk mengingati surat berwarna merah jmbu yang dimaksudkan Dania.

"Kalau awak tak ingat surat itu... maknanya awak tak pernah baca pun apa isi kandungan dalam surat itu..." kata Dani. Senyuman yang terukir sejak dari tadi mula kendur.

"Kalau aku tak tahu kan kewujudan surat itu, macam mana kau nak baaca? Setahu aku, mana pernah ku beri aku apa-apa surat," Ujar pemuda berkulit putih dan kembali tergaru-garu kepala. Cuba untuk mengingati surat berwarna merah jambu yang dimaksudkan Dania. 

"Tak apalah kalau macam itu..." Senyuman  Dania semakin kendur.

Perlahan-lahan Dania berjalan untuk keluar dari dalam kelas itu. Semasa Dania melepasi pemuda berkulit putih, tiba-tiba pemuda berkulit putih menahan Dania.

"Nanti... nanti!" kata pemuda berkulit putih. "Aku dah ingat surat yang kau maksudkan. Ha... malah, kali ini memang aku sangat ingat semuanya." Sambung pemuda berkulit putih.

Dania memandang wajah pemuda berkulit putih dalam-dalam. hatinya yang kendur tadi mula menegang semula, sama seperti senyumannya ketika ini.




BAB 2

Pemuda berkulit putih meraba-raba saku seluarnya. kemudian dia mengeluarkan dompet yang tersimpan di dalam saku seluarnya itu. 

Dania memerhatikan pemuda berkulit ptih. Dia kini melihat pemuda berkulit putih sedang membuka dompetnya dan mengeluarkan sehelai surat berwarna merah jambu di dalam dompet tersebut.

"Kau maksudkan surat ini, bukan?" tanya pemuda berkulit putih.

Betul, Firdaus..." segera Dania menjawab. dia kembali senyuma memandang pemuda berkulit putih yang bernama Firdaus itu. Dalam pada masa itu. Dania berharap agar Firdaus segera membalas senyuman yang diberikannya. 

Namun, impian Dania untuk melihat Firdaus membalas senyumannya tidak menjadi kenyataan. Apa dilihat Dania ketika ini adalah, wajah Firdaus menjadi sangat serius, Firdaus mengetip-ngetip mulut sambil  membuntangkan mata memandang Dania.

"Kau tahu tak! Disebabkan surat ini, aku jadi tak tentu arah. tahu tak!" tiba-tiba Firdaus bernafas turun naik menahan marah.

"Er... kenapa nak marah-marah? Kan dalam surat itu saya sudah berterus terang kepad awak..." Kata dania. Dia mula merasa hairan melihat Firdaus menjadi seperti itu.

"Apa kau cakap? kau terus terang? Kau tahu tak, cara kau terus terang kepada aku, memang tak kena dan tak patut!" Firdaus semakin bernafas turun naik. 

"Tapi... kalau saya tak terus terang kepada awak. Sampai bila-bila pun jiwa saya tak akan tenteram. Saya..." Dania tidak dapat meneruskan kata-kata apabila Firdaus mencelah.

"Apa kau cakap? Jiwa kau tak tenteram? Kau tahu tak, cara kau tulis isi hati kau kepada aku dalam surat itu telah membuatkan aku yang jadi tak tenteram!" Firdaus menjegilkan mata memandang dania.

"Saya... saya.." Dania tergagap-gagap.

"Saya apa!" Firdaus masih menjegilkan mata memnadnag Dania.

"Saya.... su... su..." Dania masih tergagap-gagap.

"Su, apa?" Tanya Firdaus. Suaranya semakin tegas.

"Su... su... sukakan awak." tepacul ayat itu keluar dari dalam mulut Dania.

"Apa kau mengarut?" mencelung mata Firdaus memandang Dania.

"Betul! Saya memang sukakan awak. Sejak dari dahulu. Saya memang sukakkan awak, Firdaus." ujar Dania terus terang.

"Kau sedar tak apa yang aku cakapkan? Kau dah cermin dahulu tak diri kau sebelum kau ucapkan perkara ini kepada aku?" tanya Firdaus.

"Saya dah fikir masak-masak, Firdaus. Apa yang terkandung dalam surat itu, samalah juga apa yang terkandung dalam jiwa saya selama ini. Saya memang sukakan awak. Kalau boleh... saya..." Dania memandang wajah Firdaus.

"Kau jangan nak merepek!" Firdaus mengeronyok surat berwarna merah jambu yang sedang dipegangnya. lalu, gumpalan surat berwarna merah jambu itu dibung ke muka Dania.

Dania tersentak. Dia tidak menyangka Firdaus sanggup membuat tindakan sedemikian rupa ke atas dirinya.

"Woi! kau ni memang perempuan tak pernah tengok muka sendiri depan  cermin! Tak sedar diri! Ada hati sukakan aku!" kata-kata itu terhambur dari dalam mulut Firdaus.

"Tapi... syaa memang..." Suara  Dania mula tersekat-sekat.

"Aku kata sudah, sudahlah! Kau janga nak merepek lagi. Walaupun kau cakap kau sukakan aku tahap dewa sekalipun, aku tetap tak akan sukakan kau, dan... kau tak akandapat mendampingi aku,'' Kata Firdaus, "Aku cakap perkara ini sebab... kau masih budak-budak!" Smbung Firdaus lagi.

"Tapi..." itu shaja yang keluar dari dalam mulut Dania.

"Tapi apa?" cepat-cepat Firdaus mencelah.

Dania hanya mendiamkan diri. Nnamun begitu, dia terkebil-kebil memadang Firdaus.

"kau kena sedar diri, Dania. Kau bukan boleh sebarangan cakap pada aku macam itu," ujar Firdaus. "nasib kita berjumpa sekarang time rehat, dan kawan-kawan seorang pun tak tahu. Kalau tidak, habis aku kena gelak!" Sambung Firdaus lagi.

"Kalau awak tak suka saya pun. Janganlah hina saya..." ujar  Dania dan wajahnya menjadi muram.

"Habis? Kau nak suruh aku cakap macam mana lagi? Banyak cantik muka kau!" maki Firdaus.

Walaupun pada mula Dania cuba mengawal air mata dari keluar membasahi pipnya, namun segala usaha itu ternyata gagal. Dia kini melihat Firdaus tanpa ada rasa bersalah, terus meninggalkannya seorang diri di dalam kelas itu.

Harapan berbunga-bunga Dania kini layu den renyuk!





BAB 3

Sekolah Menengah Sakura. Satu-satunya sekolah di Malaysia yang menggunakan nama bunga yang berasal dari negara Jepun. Bahkan sekolah itu juga merupakan sekolah swasta yang diusahakan oleh sebuah syarikat pendidikan dimiliki penuh oleh seorang warga Jepun.


Sekolah Menengah Sakura mengunakan yuran yang tinggi kepada sesiapa sahaja yang menuntut di situ. Kadar yuran yang tinggi tersebut adalah disebabkan kebanyakan buku teks yang digunakan sebagai bahan pembelajaran datangnya dari negara matahari terbit itu. Tambahanpula, Sekolah Menengah Sakura menerapkan pembelajaran bahasa Jepun dan tulisan Kanji sebagai teras pembelajaran di sekolah tersebut.

Guru-guru di Sekolah Menengah Sakura adalah terdiri daripada warga Jepun. Namun begitu, sebahagian pelajar yang menuntut di Sekoalh Menengah Sakura adalah Melayu. Disebabkan ada pelajar Melayu menuntut disekolah tersebut, maka mata pelajaran pendididkan islam menjadi subjek wajib diambil oleh pelajar Sekolah Menengah Sakura yang beragama Islam.

Selain itu jugs, para pelajar yang menuntut di Sekolah Menengah Sakura, diwajibkan mengambil kelas penanaman herba.

Tujuan diadakan kelas penananman herba adalah untuk melatih pelajar menyelidik dan mengjaki jenis-jenis herba yang menjadi sumber utama ubat-ubatan di negara Jepun. Untuk menjayakan kelas penanaman herba yang dikelolakan oleh sekolah Menengah Sakura, pihak sekolah telah menyediakan sebuah taman herba yang dibina berdekatan makmal sains di sekolah itu.

Dania berdiri di sudut Taman herba Sekolah menengah Sakura. Matanya mula berkaca-kaca ketika memegang surat berwarna meraj jambu yang telah dokeronyok Firdaus.

Apa yang dikatakan Firdaus empat hari lalu, masih segar dalam ingatannya. segala kata-kata makian Firdaus hingga kini terngiang-giag di telinganya.

Tanpa Dania sedari, dia mula menangis teresak-esak. Sebuaah kerusi batu yang terdapat di taman herba itu, menjadi tempat Dania melepaskan tangisan yang dialami ketika ini.

"Dania... Dania.. Dania..." satu suata memanggil nam Dania dari arah belakang.

Dania mengesat air matanya meggunakan lengan baju. Lalu, Dania berpaling. Dia melihat Alma sedang berjalan mendapatkannya. Dalam pada masa itu, tanpa Dania sedari, kertas berwarna merah ajamb yang sedang dipegang, terlepas dari genggaman dan jatuh di tepi bangku batu yang sedang dudukinya.

Dania... kau tahu tak? Markah peperiksaan percubaan SPM Add mAth dan MAth kau dapat 'A' solid." jerit Alam sambil melompat-lompat kerana terlalu teruja.

Dania berkerut dahi. Dia tidak mempercayai berita yang disampaikan Alam sebentar tadi.

"La... Kau kerut dahi? Aku cakap betullah. Result Add MAth dan Math kau dapat 'A' solid," kata Alma dan duduk di sebelah Dania.

" Kalau betul apa yang kau cakapkan, Alhamdulillah..." Ucap Dania. " Tapi aku nak tanyalah, macam mana kau boleh tahu result percubaan SPM aku? Setahu aku, semua ini adalah sulit, "Sambung Dania.

Alma memandang ke kiri dan ke kanan. Dia mahu memastikan tidak ada sesiapa pun yang berada di situ melainkan mereka berdua.

"Aku boleh thu semua ini dari mulut Puan Lily sendiri. Dia yang bertahu aku perkara ini." Uajr Alma.

"Tak sangka pula aku yang Puan Lily boleh beritahu kau perkara ini." kata Dania.

"Biasalah... bukan semua orang boleh simpan rahsia..." Kata Alma. " Eh, Dania, Apasal matau kau. Kau menangis?" Tanya Alam setelah menyedari air mata Dania bertakung di kelopak mata.

"Mana ada akau menangis. Mata aku masuk habuklah," bohong Dania. Dia cuba menyembunyikan perkera sebenar.

"Korak lu!" herdik Alma "Agak-agaklah kalau nak tipu pun. Kan kita sekarang di taman herba sekolah... mana ada kereta dan lori balak. Nak cakap banyak pasir, benda alah warna hijau menimbun di sini adalah!" bebel Alam. Dia tidak berpuas hati mendengar alasan Dania sebentar tadi.

Dania mendiamkan diri dan menunduk.

"Kau cakap betul-betul... KAu menangis sebab apa? tanya Alam dan memegang tangan Dana.

Perlahan-lahan Dania mangangkat muka. Dia memandang Alma.

"Aku... aku..." Dania teragak-agak untuk berterus terang kepada Alma.

"Aku tahu!" Tempik Alam. " Ini mesti fasal pengawas sekolah kita yang poyo itu, kan? teka Alma.

"Eh! Mana ada. KAu jangan teka sebaranganlah. Ini tak ada kena-mengena dengan dia," Dania cuba menafikan.

"Sudahlah, Dania. Jangan kau nak bohing aku. Berapa kali aku dah cakap.. lupakan saja mamat poyo itu. tapu kau degil. Kau tetap nak budak itu juga," Kata Alma.

"tapi aku..." Dania tidak sempat meneruskan kata-kata apabia Alma mencelah.

"Aku dah banyak kali pesan. Tapu kau memang kepala batu... Eh... kertas apa ini?" Alma terpandang kertas berwarna merah jambu yang terletak di tepi bangku batu. Alma terus mengambil kertas tersebut.

Dania menggelabah. Dia tidak tahu nak buat apa-apa.

Habislah... kejap lagi Alma pasti akan start membebel, kata Dania di dalam hati.









BAB 4

Alma membetulkan kertas berwarna merah jambu yang telah berkeronyok itu. Lalu, dia membaca isi kandungan surat tersebut. Tiba-tiba mata Alma terbeliak.

"Dania!" Pekik Alma. Jeritannya menggalahkan seorang ibu tiri.

"Ya, ya... Aku tahu. Aku salah langkah. Sepatutnya aku fikir dahulu sebelum buat semua ini, " Kata Dania.

Dania bingkas bangun dari bangku batu dan melangkah longlai menuju ke blog kelas yang terletak tidak jauh dari taman herba.

"Dania, tunggu aku..." Alma berlari membontoti Dania.

Dania tidak mendendahkan Alma. Dia terus berjalan menuju ke bangunan kelas yang terletak tidak jauh dari taman herba itu.

"Kau nak ke mana?" tanya Alma setelah mendapatkan Dania.

"Aku nak ke kelaslah. kan waktu rehat dah nak habis..." Jawab Dania.

"Dania... Aku ini kawan kau. Apa sahaja masalah yang kau hadapi, aku akan merasainya. Cuma... akau agak terkilan sebab kau sanggup curahkan segala isi hati kau pada Firdaus," Kata Alma sambil memegang bahu Dania.

"Tapi, aku dah..." Dania tidak dapat meneruskan kata-kata.

"Aku tahu; sebelum ini sudah banyak kali kau cakap pada aku yang kau memang sukakan Firdasu. Tapi.. Kau kena sedar, Firdaus tidak sukakan kau. Dia tidak sukakan kau disebabkan ego yang ada dalam dirinya. Dania... sudahlah, jangan kau nak memburu cinta Firdaus lagi. Bagi aku, apa yang ada dalam hati kau adalah satu impian yang sia-sia." Kata Alma panjang lebar.

"Entahlah, aku sendiri tak tahu sebab apa aku terlalu menyukai Firdaus. Sepatutnya akku tak perlu luahkan perasaan aku kepada dia. Cara aku menulis surat bagaikan perigi mencari timba. Tapi, apa boleh but. Rasa hati ini membuak-buak." Ujar Dania terus terang.

"Dania... kita ini masih bersekolah. Kau sendiri sedar yang hujung tahun in kita akan menduduki peperiksaan SPM. Kalau kau dok gila bayang terhadap Firdaus, aku ykin peperiksaan SPM kau akan lingkup." Kata Alma selamba.

"Aku tahu peperiksaan SPM hujung tahun ini. Kau percayalah, kalau aku tak luahkan perasaan kepada Firdaus, jiwa aku semakin tak tenteram. malah, aku langsung tak boleh nak tumpukan pelajaran." Kata Dania.

"Kau ingat, apabila kau dah luahkan perasaan pada   Firdaus, jiwa kau akan jadi tenteram? Sekarang, aku yakin jiwa kau makin tak tenteram?" Kata Alma.

"Sebab apa pula kau cakap macam itu?" Dania berkerut dahi.

"Tak perlulh kau tanya aku, Dnia. Apabila Firdaus dah tolak cinta kau, hati kau manjadi remuk. Kau boleh jadi tenteram apabila jiwa kau telah menjadi remuk?" Alma memandang wajah Dania dalam-dalam.

"Firdaus dah terus terang kepada kau. Semua yang dia cakap, aku tak terasa langsung pun," Dania cuba berlagak selamba di depan Alma.

"Tak usahlah kau nak menipu diri sendiri, dania. Aku tahu, hati kau sekarang benar-benar remuk apabila Firdaus menolak cinta kau Bagi aku, elok juga Firdaus menolak cinta kau," Kata Alam.

"Tapi... Aku..." Dania memandang wajah Alma.

"Beginilah. Kalaulah Firdaus menerima kau, aku rasa kau taka akn bahagia. Kau sendiri sedar yang  Firdaus adalah pemuda yang sangat tinggi egonya. Mna mungkin kau akan bagagia dan boleh hidup bersama dengan orang macam itu." kata Alma.

"Macam aku kata tadi, Dania. kita ini masih muda. bahkan kita ini msih lagi terlalu muda untuk mengenali cinta. sekarang kita harus menumpukan terhadap pelajaran sahaja. itu adalah lebih baik. Kalau kita terus menumpukan pelajaran, sudah pasti pad masa kan datang kita akan berjaya, berbanding jika kita menumpukan cinta pada usia muada." tambah Alma lagi.

Dania terdiam.

"Kau dengarlah cakap aku. lupakan sahaja Firdauus. kita tumpukan sahaja pada impian kit untuk berjaya dalam pelajaran. Aku yakin, kalau kita dah berjaya dalam pelajaran dan seterusnya berjaya di menara gading, ramai lelalki pasti akan tergila-gilaka kita." Ujar Alma sambil menepuk-nepuk lembut bahu Dania. 

Dania mengeluh. Dia tidak pasti sama ada mahu menerima apa yang dikatakan Alma ataupun tidak. Apa yang pasti, wajah Firdaus kini semakin bergentayangan di dalam fikirannya.




BAB 5

Bunyi loceng bergema di seluruh Sekolah Menengah Sakura. Ini menandakan waktu rehat sudah pun tamat. Waktu itu, Dania dan Alma sudahpun berada di tempat masing-masing di dalam kelas. Tempat duduk mereka berdua di dalam kelas itu adalah di barisan paling belakang dan terletak di tepi tingkap.

"Mana Puan Yushi?" Tanya Dania kepada Alma merujuk kepada guru mata pelajaran biologi.

"Kau tak tahu lagi Dania?" Tanya Alma

Segera Dania mengangkat kedua-dua bahu tanda tidak tahu.

"Hari ini kelas biologi dibatalkan. Dengar kata, Puan Ysuhi tak datang kerja. Sebab apa dia tak datang kerja aku sendiri tak tahu." Ujar Alma


Dania mengangguk-angguk. Setelah itu dia memerhatikan beberapa rakan-rakan sekelasnya yang kini sedang rancak berborak. Bagi Dania, dia langsung tidak berminat untuk turut berborak bersama rakan-rakannya. Dia mersakan, adalah lebih baik masa yang terluang dipenuhi dengan membuat latihan Matematik Tambahan-salah satu mata pelajaran yang paling disukainya.

"Kau nak baut latihan add math?" Tanya Alam setelah melihat Dania mengeluarkan buku latihan Matematik Tambahan dari dalam beg sekolah.

"Yalah, daripada tak buat apa-apa, lebih baik buat latihn," jawab Dania.

Alma mengangguk-angguk. Dia faham akan sikap Dania yang tidak suka membuang masa melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah.

"Kalau nak buat latihan, kau buatlah... Aku nak ke sana sekejap," Kata Alma sambil menunjukkan ke arah sekumpulan pelajar yang sedang berborak tidak jauh dari mereka berdua.

"Kau tak nak buat latihan sama aku?" tanya Dania.

"Aku rasa.. hari ini aku malaslah nak buat latihan. Mood tak ada." Jawab Alma.

"Mana boleh macam itu. Kau tahu tak, mood da atai tidak, kenalah kita buat latihan. Kalau kau nak tahu, kalau hari-hari kau buat latihan add math, Lama-lama kau akan pandai," Kata Dania.

"Itu aku tahu. Tapi masalahnya, kepala aku sekarang ini tengah serabut. Kalau aku buat juga latihan add math seperti yang kau cadangkan, aku rasa... baru beberapa minit aku buat kira-kira, mesti jadi ke laut." Ujar Alma lagi.

"Banyak sangat kau punya alsanlah..." Dania mencebikkan mulut kepada Alma.

"Eh, aku nak tanya kaulah, Dania..." kata Alma.

"Tanya apa?" tanya Dania kembali.

"Kenapa kau suka sangat add math?" Tanya Alma.

Dania tersenyum. Dia memandang wajah Alam.

"La... aky tanya kau, kau senyum pula." Alma berkerut dahi memandang Dania.

"Kan aku pernah cakap,  aaku sukakan mata pelajaran add math sebab ia boleh buat otak kita cergas. Tambah pula, ia adalah satu subjek yang membantu kita menyelesaikan masalah dalam kehidupan. kalau kita faham betul-betul apa itu matematik." Balas Dania dan masih tersenyum.

"Itu betul. Tapi... kau tak rasa sakit kepalakah bila nak jawab soalan add math yang susah-susah?" tanya Alma.

"Bagi aku, semua soalan add math tak adalah susah mana." Jawab Dania sambil membelek buku add mathnya.

"Tak susah kata kau? Kau sendiri tahu dan semua orang pun tahu yang soalan add math ini semuanya nampak macam mengarut. Kita dah jawab betul-betul, last-last jawapan kita semuanya salah dan berteranur." ujar alma bersungguh-sungguh.

"Itulah kau.. add math ini senang kalau kita memberikan penumpuan terhadap soalan yang diberi dan tenang menjawab soalan tersebut. Satu kaedah untuk menjadikan semua soalan add math menjadi senang adalah dengan cara membuat latihan. Apabila kita dah selalu buat latihan, apa sahaja soalan add math akan menjadi senang." Kata Dania.

"Cara kau cakapa sebiji macam cikgu.. Yalah, kalau kita tak selalu buat latihan, macam mana kita nak jadi cekap. Betul tak?"tanya Alam.

"Ha... tahu pun. Jadi... kalau kau jarang-jarang buat latihan, macam mana kau nak jadipandai dalam add math" Uajr Dania

"Ya.. betul kata kau.." Ala menyetujui apa yang dikatakan Dania.

"Eh, kau nak ke mana?" tanya dania setelah melihat alma mula pergi ke arah sekumpulan pelajar yang sedang rancak berbual tidak jauh dari mereka berdua.

"Aku nak sembang-sembang dengan dia oranglah..." Jawab Alma " Kan tadi aku cakapa nak sembang dengan mereka." Sambung Alma lagi.

"Ceh! Ingatkan kau tanya aku macam-macam fasal add math, kau nak buat latihan sama aku,"Dania menggeleng-gelengkan kepala.

"Nanti-nanti saja aku buat." Kata Alma dan terus meninggalkan Dania untuk mendapatkan sekumpulan pelajar yang sedang rancak berborak itu.






BAB 6

Dania tekun membuat latihan Matematik tambahan. Dia membiarkan Alma yang kini sedang rancak berborak bersama-sama rakan-rakan sekelasnya di satu sudut tidak jauh darinya. Walaupun perbualan Alma bersama rakan-rakan itu agak kuat kedengaran, ianya tidak mengganggu Dania untuk menumpukan perhatian terhadapa latihan Matematik Tambahannya yang sedang ditekuni.

"Hah!" tiba-tiba seorang pelajar lelaki menyergah Dania.

Dania yag sedang membuat latihan Matematik Tambahan itu terperanjat. pen yang sedang dipegang terpelanting. Dia mengurut dada beberapa kali.

"Apalah kau, Amang! Tak kacau orang, tak boleh?" Marah Dana. Dalam pada masa itu, dia masih lagi mengurut dada kerana terperanjat sebentar tadi.

Amang tersenyum memandang dania yang masih mengurut dada. Manakala Alma yang terdengar Dania memarahi Amang tadi, segera mendapatkan gadis tersebut.

"Geram betul aku tengok kau!" Dania terus menumbuk bahu Amang. Walaupun begitu, tumbukan Dania itu tidaklah kuat, hanya sekadar main-main sahaja.

"Ha ha ha. Ambik kau. kan dah kena..." alam ketawa apabila melihat Dania menumbuk bahu Amang.

"Sampai hati awak pukul saya..." kata Amang sambil mengusap-usap bahunya yang telah ditumbuk dania tadi.

"Awak kan tahu saya tengah buat latihan add math. tiba-tiba saja sergah. nasib baik saya tak kena serangan jantung. perangai mengalahkan beruk!" marah dania selamba.

"hish... jahatnya mulut. ada muka saya macam berut?" Tanya Alma sambil melabuhkan punggung di atas kerusi si sebelah Dania. 

Dania berkerut dahi tanpa menjawab soalan Amang.

"Tak baik tai. kata macam beruk." Ujar Amang  sambil merenung wajah Dania dalam-dalam.

"Tak adalah. mana ada saya kata muka awak macam beruk." Dania mula terasa malu apabila Amang mula merenung wajahnya dalam-dalam.

"eh.. kenapa tiba-tiba pipi awak jadi merah-merah?" tanya Amang. sambil itu, dia cuba mencuit pipi Dania.

"Hoi!!" sergah Alma yang kini berada di sebelah Dania. Alma pantas mengetuk tangan Amang yang kini hampir-hampir mencuit pipi  Dnia "Hish, lu nak pegang pipi orang pula." Kata Alma dalam loghat tionghua berbahasa melayu yang dibuat-buat.

"Lu agak-agaklah minah. Lu nak cakap sleg cina  cakap melayu depan wa. apahal?" tiba-tiba Amang berang.

"La... kenapa nak marah-marah? kan kau anak kacukan cina. Aku cakap macam itu pun, takkan nak kecil hati?" tanya Alam.

"Aku tahulah aku ini kacukan cina. Tapi kan dari dahulu aku dah bagi tahu, jangalah cakap depan aku macam perli-perli. Aku tak sukalah..." jawab amang

"Yang kau nak sensitive apa hal? Poyo lah." Alma buat muka menyampah di depan Amang.

Sudahlah... takkan itu pun nak bergaduh... Hal kecil saja pun..." Calah Dania yang sejak dari t di mendiamkan diri.

"Saya bukan nak bergaduh... er... lupakan hal tadi." Kata Amang. " ALma... aku minta maaf... aku bukan emosi. cuma mungkin..." sambung Amang lagi.

"yalah-...yalah.." itu sahaja yang dijawab Alma.

"Sepekara lagi, saya pun nak minta maaf kepada awak, Dania." Kata Amang.

"Minta maaf? untuk apa?" Tanya Dania.

"Kan tadi saya nak cuit pipi awak." Jawab Amang pantas.

"itu pun perkara kecil. saya tak ambil hati pun." jawab dania

"terus terang saya nak bagi tahu, saya memang suka tengok pipi awak. pipi awak itu.." Amang idak meneruskan kata-kata. dia sebaliknya merenung pipi Dania.

"Stop-stop! lagi dibiarkan Amang bersembang dengan kita, lagi dia nak merepek-repek." Celah Alma.

"Okeylah, Dania. Saya tak nak kacau awak buat latihan add math." Amang berlalu pergi. Sambil itu, dia sempat mengenyitkan mata kepad Dania.

"Dania..." lirih suara Alma memanggil nama kawan karibnya.

"Kau tahu tak, yang..." Belum sempat Alma menghabiskan kata-kata, Dania mencelah.

"Kau rasa, Amang memang nak berkawan dengan aku?

"Tapi tengok dari gerak-geri Amang, dia memang nak berkawan dengan kau. Bagi aku, Amang itu lebih bagus daripada Firdaus yang kau tergila-gilakan itu!" Kata Alma selamba.

Dania terkulat-kulat mendengaar kata-kata Alma. Dia mengeluh sambil memandang ke arah Amang yang kini sudah berada di tempat duduk yang terletak di bahagian tengah di dalam kelasnya.





NEXT will update later in here!!

2 comments:

  1. menarik! wahhh tak sangka ada unsur cerita anime (Y) excited bila baca. deabak kak! jarang jumpa penulis yang berani buat cerita cenggini ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ DIK... jemputla baca COUPLE BOY.. insyaAllah jika tiada halangan akan di print :D

      Delete

Setiap koment anda amat berharga bagi mengkaji tahap kekratifan karya ini.