Novel: Couple Boy (BAB9)



RNR Tapah menjadi persinggahan kami setelah Syakir penat memandu dari Kuantan ke Perak. Mahu tidak penat. Tambahan pula, dia pecut bagai kilat yang menyambar bumi. Aku jadi penumpang setia ini juga penat sebab kecut perut dengan kelajuan yang Ya Rabbi…

Rupanya, ada sebalik kesah dengan kedingginan Syakir yang agak pelik. Kesian benar dia. Wajahnya yang agak tidak bermaya kebelakangan ini ada kena mengena dengan Ayahnya.

“Sudah beberapa minggu aku dapat kad ini…” Sekeping poskad di letakkan dihadapan aku.

Aku baca isi kandungan yang tertera alamat rumah dan stem dari Tapah.

“Kehadapan anakku…” Membaca isi yang ditulis untuk Syakir. Kelihatan muka Syakir seperti tidak kesah jika aku membacanya.

“Maaf atas segala-galanya. Terima kasih sebab bebaskan Ayah. Ayah dapat tahu, ketua kumpulan Black Moria sudah tiada. Mungkin sudah ditangkap atau mati. Ayah dapat tahu, kamu telah melangsaikan hutang Ayah dan memasukkan mereka ke penjara. Ayah sekarang ini, cuba untuk membina hidup baru. Semoga semuanya baik-baik. Salam…”

Aku menghembus nafas. Lega. Lega kerana suspek yang dikehendaki sudah ditangkap. Tetapi apa yang merisaukan Syakir.

“Alhamdulillah…” Ujarku sepatah. “Awak patut gembira bukan bersedih dan dingin. Happylah… awak patut rasa Syakir…” tetapi, Syakir hanya mendiamkan diri.

“Bagaimana Aku nak happy?! Aku nak jumpa dia. Aku nak jumpa dan aku nak buat pertaruhan dengan Mak aku. Aku nak tahu kenapa mereka berpisah sebegini rupa! Kenapa Mak aku bertindak tidak mahu menjaga aku malah serahkan kepada Ayah. Ayah pula tertekan dan tinggalkan aku sendirian. Mak bapak jenis apa?! Mereka langsung tidak bertanggungjawab. Selama ini aku mencari jawapan. Salah akukah? Dia orang benci aku sebab aku menyusah pembawa sial ke?!”

Aku lihat emosi Syakir membuatkan aku turut beremosi. Setitis air mata menitis. Aku pegun. Untuk pertama kali air mata seorang lelaki bernama Syakir menitis. Sakitkah hati itu sekarang ini? Hanya doa sahaja yang aku mampu pohonkan agar hati kecil sahabatku kini kembali tenang tidak gentar berhadapan segala kemungkinan yang akan berlaku.

“Syakir… sabarlah. Dia orang buat semua ini pasti ada sebab yang tertentu. Awak janganlah buat kesimpulan terburu-buru. Jom… bersemuka dengan dia orang dan tanya. Pasti mereka ada sebab tersendiri.” Aku memberikan semangat agar Syakir yakin dengan tindakannya untuk berjumpa dengan keluarga kandung sendiri.

“Kau…” Syakir mengumam perlahan. Bulu matanya masih basah dengan sisa air mata yang tinggal. Menjadikan aku terharu dengan hidup Syakir dan dalam diam aku bangga dengan semangat juangnya untuk mencari keluarganya sendiri. Jika aku berada ditempany, pasti tidak sanggup. Pasti sudah jatuh disandung batu.

Thanks sebab jadi kawan aku. Entah siapa-siapa, hanya lelaki yang tidak bermaruah. Hidup atas harta kau sahaja.” Syakir menahan sendu.

“Hahaha… Syakir. Awak buat lawaklah. Jom kita gerak. Ayah awak sudah menunggu tu. Pasti kau orang saling merindui. Jom!” Putusku. Tidak mahu babak sedih untuk Syakir berpanjangan. Macam lawak pula melihat wajah itu bersedih buat kali pertamanya.

Aku melangkah kembali ke Wira Turpedoku besama Syakir. Aku pula mengambil tempat sebagai pemandu pula. Biarlah Syakir berehat dahulu. Tanpa sedar setitis air mata mengalir dan dengan tangkas aku mengesatnya agar tidak terlihat oleh Syakir.


HOTEL Kawan menjadi tempat penginapan kami. Aku ikutkan sahaja kata syakir mahu menetap selama seminggu. Mungkin. Pada hari Ahad baru kami berangkat pulang. Kesian pula aku lihat Syakir yang tampak bersedih sepanjang jalan mencari pennginaan ang sesuai. Rumah rehat Tapah yang menjadi pilihan pertama kami sudah penuh ditempah. Apalah sangat Tapah ini sampai penuh bilik sudah ditempah oleh orang. Bandar sekangkang kera tetapi padat kemain lagi. Dua buah bilik hatel kawan berkatil bujang hanya bersebelahan sahaja diantara satu sama lain.

Aku membaringkan tubuhku di atas katil melegakan urat saraf yang tersimpul. Tidak semena-mena, aku terbayang satu wajah yang sudah lama aku lupakan. Mungkin inilah sengsara yang aku akan hadapi. Pedih, perit dan seksa rasanya tidak pernah aku rasa selama hidup ini.

“Haira… Saya rindu awak…” Akhirnya, terluah juga kata-kata ini.

“Untuk terus menutup mata dengan keadaan awak saya rasa janggal dengan keadaan awak Haira. Maaf…” Itu sahaja yang mampu aku ucapkan untuk Haira. Walau Haira tidak ada dihadapan mata. Aku harap kata-kata ini sampai ke dalam hatinya. Bila difikirkan kembali, siapakah anak dalam kandungan Haira. Aku langsung tidak dapat menjawab. Biarlah masa yang menentukan. Suatu hari nanti pasti aku dapat tahu siapa budak itu.

“Yaahhhh….” Akhirnya aku mengeliat keletihan. Dalam kepenatan aku tertudur sambil bermimpikan wajah Haira yang menjadi pujaan hati dari dahulu sehingga sekarang. Harap dia sihat selalu. Itulah doaku sepanjang hari. Harapan semoga dia sentiasa dalam keadaan sejahtera.


RUMAH kedai yang setinggi tiga tingkat kami perhatikan. Tampak sangat usang tetapi masih mampu menampung penghuninya. Kedai runcit yang bersebelahan dengan tangga sedang rancak menerima penggunjung walaupun pada waktu pagi. Sudah pukul 9, tetapi kedai-kedai sudah mula beroperasi tidak seperti Kuantan, pukul 10 dan 11 baru mula beroperasi. Lain tempat, lain cara hidup.

Kakiku melangkah mendaki tangga ke pejabat rela bersama Syakir. Puas kami bertanya akan alamat rumah kedai tersebut. Tetapi, semua menunjukkan arah yang sama. Tidak sangka Syakir masih menyimpan lagi surah ayahnya suatu ketika dahulu sebelum Syakir bebas dengan hutang.

“Syakir… Awak yakin ke ini rumahnya? Pelik semacam je?” Tanyaku dengan perasaan was-was.

“Tak… tapi, dimana lagi dia nak pergi? Kami bukan datang dari keluarga yang kaya raya macam kau.”

Aku mengikut sahaja langkahnya.

Sampai hadapan pintu masuk pejabat rela. Syakir bertindak terlebih dahulu mengetuk pintu pejabat itu. Ada juga pejabat dalam bangunan ini. Pejabat kaki tangan kerajaan pula tu. Miskin benar bandar Tapah ini. Lihat sahaja bangunan kedainya sudah boleh tafsir bagaimana penduduknya.

“Ye Encik. Ada apa boleh saya bantu?” Tanya seorang pak cik yang dalam lingkungan 40’an. Uniform yang membaluti badan sudah bermaksudkan bahawa dia salah seorang anggota rela.

“Kami nak jumpa orang di alamat ini.” Ucap Syakir sambil mengajukan sekepung kertas kecil yang sudah lusuh dimamah usia. Aku hanya mendiamkan diri.

“ouh… bawa mari. Biar pak cik tengok. Hemmm….” Dia memerhatikan kertas kecil itu dengan penuh terliti. “Rasanya, sudah betul ini alamatnya. Tingkat atas ini memang ada beberapa penghuni yang bekerja menjadi tukang sapu di UiTM Tapah. Boleh pak cik tahu apa hubungan kamu berdua dengan penghuni?”

“Aa…. Kami anaknya…” Ujarku. Jawapan selamat apabila Syakir bertindak mendiamkan diri.

“Ouh… Tapi sekarang. Mereka tiada. Sudah keluar awal pagi. Pergi kerja. Tengok, pintu gril pun sudah berkunci. Datang lain kali sahajalah…” Sambil tangannya menyentuh gril dan cuba untuk membukanya.

“Kalau macam itu. Pukul berapa mereka balik?” Tanya Syakir.

“Entahlah… Pak Cik tak pasti. Kalau malam. Pasti ada. Sabtu dan ahad selalunya pekerja akan cuti.” Terang pak cik itu.

“Kami datang lain kali.” Putus Syakir pantas. Tangan dihulur tanda berjabat tangan dan kertas kecil di masukkan semua ke dalam poket kecil seluarnya. Aku turut bersalaman dengan Pak Cik itu. Orang berbudi kita berbahasa. Lagi pula, dia orang tua. Perlulah hormat bukan?

Kami singgah di kedai makan Tapah yang terletak dilaluan menghala tol tapah. Pelbagai jenis lauk pauk yang ada. Antaranya, ikat keli masak merah, rebung masak lemak, masak lemak cili padi dan beberapa ulam-ulaman. Tetapi, diantara banyak lauk. Satu pun tidak membuka seleraku. Tetapi, aku hanya mengambil dua senduk nasi bersama ikan keli masak merah dan sayur kangkung. Syakir pula, berlaukan ayam masak lemak cili padi. Kami makan alar kadar sahaja. Selesai makan, aku menyedut air yang terhidang. Sirap limah dan Syakir, laici lemon. Sungguh menyelerakan.

Dalam keasyikan menyedut menuman, aku seperti tertarik ke suatu arah. Seorang budak mungkin dalam lingkungan setahun lebih, tergedek-gedek ditarik oleh ibunya yang jalan menghala kearah kedai makan ini. Wajahnya yang bermekap tebal aku tatap, tetapi tidak aku kenali. Pakaiannya biasa-biasa, tidak seksi dan tidak juga bertutup penuh. Rambutnya hanya disanggul sekali.

“Maa… Waa…”

Kedengaran tangisan si kecil itu. Hati aku mula tertarik dengan wanita ini. Sirap limau aku sedut lagi. Aku memandang ke arah Syakir yang sibuk membelik telefon bimbitnya. Laici lemon telah habis dilanyak. Kini pandanganku tertarik semula kepada wanita bersama anak kecilnya tadi. Wajah itu seperti kerisauan, gelisah gelagaknya. Aku terpandang pada tangannya ada beberapa keping duit satu ringgit untuk dihulurkan kepada mak cik kedai makan yang kira-kira separuh umur itu. Tetapi, mak cik itu menggeleng dengan muka tidak puas hati membuatkan wajah itu tampak sedih. Terdetik aku untuk membantu. Tetapi siapalah aku. Nanti, dianggap mengambil kesempatan pula.

Dengan perasaan duka, wanita itu melangkah pergi bersama anaknya. Anaknya menangis-nangis, meraung kelaparan. Mungkin. Aku terasa tidak sampai hati pula melihat adengan itu.

“Jom blah!” Putus Syakir setelah melegakan isi perut. Dia terus bangun dan berlalu ke kereta. Aku tidak membantah, hanya menurut. Dalam masa sekarang fikiran Syakir agak terganggu dengan perasaan sendiri.

Aku yang masih lagi memikirkan wanita dan anak kecil tadi, pantas banggun dan melangkah ke arah mak cik itu tadi.

“Mak Cik. Perempuan tadi kenapa ye?” Tanyaku dengan berkhemah.

“Ouh… tadi… dia nak beli nasi goreng ni dengan telur goreng. Harga tiga ringgit. Tapi, dia cuma ada dua ringgit. Dia minta kurangkan harga sedikit. Apa dia ingat ini pusat kebajikan ke? Jadi mak cik halaulah dia pergi. Hidup menyusahkan orang. Kalau mati nanti. Tak tahulah” Terang pekerja itu dengan beberapa patah ayat yang tidak sedap didengar.

“Hemm…berapa harga. Biar saya bayarkan?” Aku tidak mahu bercakap banyak. Mak cik itu kelihatan terperanjat dengan tindakanku. Mahu tidak mahu, dia bungkuskan juga dengan plastik dan jual beli dibuat. Profit kedai tu. Kalau ditolak pasti rugi!

Bungkusan ada di tangan. Lima ringgit aku hulurkan.

“Kalau kita bersedekah rugi ek?” Tanyaku kepada mak cik itu. Mahu tidak memerah wajah tua itu. Sebersalah dengan kata-kataku.

“Tak apalah… adik ambillah… saya ikhlas…” Ujar mak cik itu mula bertukar fikiran.

“Kalau mak cik ikhlas, tak payah tunggu. Terus bagi. Tak apalah… saya pun ikhlas nak bagi mak cik baki tu. Ambil sahajalah…” Luahku dan terus berlalu pergi meninggalkan mak cik si tangkai jering itu terkulat-kulat seorang diri.

Aku melangkah menyangi wanita tadi. Kesian pula aku melihat wajahnya dan anak kecil tadi. Seperti daif sekali kehidupan mereka.

“Maaf… Cik… cik…” Panggilku dari belakang. Langkah kaki itu berhenti dan perlahan-lahan menoleh belakang.

Dia diam menunduk.

“Bungkusan awak… mak cik itu sedekah…” Ujarku.

Dia masih lagi diam menunduk.

“Ambillah. Mesti anak awak tengah lapar sekarang ini.” Melihat anak kecil yang baru sahaja belajar berjalan. Kasihku tumpah. Sepertinya, anak kecil ini ada tarikan yang tersendiri.

“Maa.... af… Saya tak boleh ambil…” Ujar Wanita itu perlahan.

Aku menjadi pelik. Kenapa?

“Kenapa?” Tanyaku hairan

“Saya masih ada khudrat untut membeli makan. Kalau terpaksa gadai nyawa, saya masih berdaya untuk bekerja. Anak saya tanggungjawab saya.” Tegasnya membuat hatiku berasa kagum dengan keperibadiannya.

“Jadi, Bagaimana tanggungjawab suami awak?” Tanyaku lagi. Rasanya itu adalah pertanyaan perangkap baginya walaupun aku tidak berniat langsung untuk menyindir. Lihat wajah itu makin keruh aku jadi gelabah. “Ambillah… saya ikhlas… kalau awak nak bertegas sekali pun. Fikir kesihatan anak awak.”

“Waaa…. Maaaaaa….” Jeritan tangisan si kecil mengamit pandangan. Aku menghulurkan bungkusan makanan tetapi langsung tidak disambut. Akhinya, aku menarik tangannya untuk mengambil bungkusan makanan dari tanganku. Anak kecil itu aku dukung dan bermain acah-acah dengannya. Tidak semena-mena anak kecil terkekeh ketawa riang.

Jari jemari yang halus mulus itu menyentuh pipiku, mencubit dan tarik. Menampar-nampar lembut pipiki. Dan terkekeh ketawa sekali lagi. Aku turut tersenyum dengan terlatah itu. Kelihatan wanita berhadapan denganku hanya memerhati tidakan anak kecilnya yang riang di dalam kendongganku.

“Paaa… Paaaaaaa…”

Tergamam aku mendengar panggilan anak kecil itu. ‘Papa’? Wanita dihadapanku turut tersentap sepertiku.

“Daniel…” Panggil Mamanya. Terus sahaja tangan si kecil itu mendepa tanda mahu didukung oleh ibunya pula. Anak kecil itu bertukar tangan. Dari pelukkanku beralih pula dalam pelukkan ibunya pula. Tadi anak itu menangis-nangis kini gelak ketawa.

Belum sempat aku ucap apa-apa kepada wanita itu. Dia terus menunduk tanda hormat persisi orang Jepun dan terus menonong pergi sambil menjinjit bungkusan makanan yang aku serahkan tadi. Tidak semena-mena aku tersenyum kecil. Pembiranku turut dibawa. Terasa hati kini lapang. Terus aku melangkah kembali ke Wira Turpedo yang Syakir sedang menungguku di dalam kereta. Kesian pula melihat Syakir yang berseorangan. Harap dia tidak marah sebab aku pergi sebentar.

Lega hatiku apabila melihat Syakir masih sedia menunggu didalam kereta. Aku fikir, Syakir terus memecut kereta lalu meninggalkan aku berseorangan.

“Awak tunggu?” Tanyaku sesampai sahaja dihadapan kereta.

“Habis takkan aku nak jalan kaki. Kunci pada kau. Kalau tidak aku dah pecut tinggalkan kau yang lebab macam siput ni.” Amboi mulut!

“Hahaha… Okey.”

Pintu dibahagian pemandu aku bukan dan duduk dengan selesa. Secara berkhemah, pedel minyak aku tekan dan membawa kami kembali ke penginapan kami.


JENDELA bilik menjadi tatapan sejak habis solat Isyak tadi. Langsung tidak mampu memandang ke arah lain kerana itu sahajalah yang mampu dipandang oleh matanya kerana pepamandangan yang berbeza berbanding biliknya yang berdinding kosong.

Keluhan demi keluhan dilepaskan menunjukkan bertapa bosannya dia. Mahu keluar, Syakir terlebih dahulu melangkah pergi. Mahu ditemani katanya biarlah dia bersendirian menyelasaikan masalahnya. Mungkin, Syakir pergi ke rumah kedai itu lagi untuk berjumpa dengan ayah kandungnya. Biarlah anak beranak itu meluahkan perasaan terpendam tanpa kehadiran orang luar.

Keluhan kebosanan sudah beberapa kali terluah dibibirku. Mahu tidak mahu, aku menapak keluar dari bilik untuk mengambil udara diluar. Jalan bertar aku pijak. Hampa… lain hidangan yang dimahukan dihadapan mata. Lain pula terbentang. Hanya pandangan kosong, sebuah rumah using dan barisan beberapa kedai yang sebaris Hotel Kawan. Biasalah, kalau hotel bajet, memang begini pemandangannya. Nasiblah murah.

Seven eleven, kedai dua puluh empat jam menjadi sasaran ku. Aku menapak masuk terus perutku berasa lapar. Ter pandang meja dan kerusi yang menjadi tempat santai untuk pelangan. Aku mencapai secawan maggi ayam dan terus ke kaunter untuk membayar. Meja tadi tempat untuk makan malam. Sekembangnya maggi, aku mengunyah dengan lazat. Waaa… sedapnya!

“Maaa… air… tu…”

“Marboro satu dek?”

“Maa…”

“Jangan macam ini Daniel. Nanti Papa marah.”

Lembut suara wanita itu seperti dia pernah dengar. Tetapi dimana ye? Berlegar-legar suara itu di dalam mindaku. Suapan maggi diteruskan sambil teligaku pasang peka.

“Daniel?” Bibirku mengumam perlahan. “Macam pernah dengar.” Ligat kepalaku memikirkan dimana aku pernah dengar suara yang gemersik kalbu itu. Sengguh merdu sekali.

“Maaa… Waaa…”

“Jangan macam ini Daniel. Mama tak ada duit ni. Papa tunggu ni. Nanti kita kena marah.”

Kedengaran suara wanita itu menasihati anaknya. Apa punya ibulah. Anak nak air dibuarkan. Rela membeli rokok. Ceh! Apa salahnya anak kecil itu mahu minum. Berikan sahajalah. Bebelku di dalam hati. Kata mama, jangan masuk campur hal rumah tangga orang. Perlu hormat! Hormat apa kejadah kalau sampai menyakitkan. Pening aku dengan orang-orang sekarang ni. Akhirnya aku slup mee maggi dengan lahap sekali. Anak kecil yang meregek aku pekakkan sahaja.

“Hey! Kan aku suruh cepat kenapa lembak sangat?! Macam kayu balak aku tunggu kau dalam kereta. Anak dan bapak sama lembak!” Templak seorang lelaki bertshirt hitam yang agak ketat melekat padah tubuh itu. Terlakar otot-otot perut yang sasa.

Eyukkk… Aku mengambarkan badan lelaki. Astagfirullahaladzim… ucapku di dalam hati. Cuba menghilangkan perasaan teruja melihat tubuh lelaki yang tiba-tiba muncul terus menyembur. Aku lelaki tulen! Sematku di dalam ingatan.

“A… abang… Maaf lambat. Daniel nak air. Saya pinjam duit abang sekejap ye.” Pinta Si Isteri dengan berkhemah.

“Kau ingat aku Along? Bank? Pinjam-pinjam. Bila kau nak bayar. Aku cakap kau degil. Menyusahkan aku sahaja. Cepat masuk! Atau aku tinggalkan kau kat sini!” Templak lelaki itu lagi. Apa jenis suami ni?

Aku yang mendengar kata-kata lelaki itu mula naik baran. Kesian lihat Si Isteri itu hanya menunduk malu, sedih dengan sikap Si Suami. Aku lihat Si Isteri melangkah membuntuti Si Suami dari belakang sambil mengendong Si anak yang menangis kerana tidak dapat apa yang di harapkan. Aku tumpang sumpati untuk anak itu. Anak sebesar itu apalah yang dia fahaminya. Aku terpandang wajah penjaga kaunter seperti terkejut apabila terlayar drama sebabak secara langsung. Mukanya aku liht seperti ketakutan habis. Kesiannya.


Bab ini masih dalam semakan penulis untuk dihantar pernilaian...
Maaf ^-^

3 comments:

Setiap koment anda amat berharga bagi mengkaji tahap kekratifan karya ini.