Dapatkan Di Toko Buku Terdekat Anda!!!


Alhamdulillah dengan izin daripada-Nya, Bitter Sweetheart novel pertama Ashi berjaya diterbitkan dan sekarang sudah berada dipasaran  :D.
Thanks kepada publisher PENERBITAN ILHAM PERSONA.
Novel Bitter Sweetheart adalah e-novel Ashi yang bertajuk No Feeling Girl tersebut.

Hayati Sinopsis Bitter Sweetheart:-

HIDUP sebagai anak ketua kumpulan Yakuza, memang benar-benar memeritkan Dania. Setiap masa dan di mana-mana, Dania pasti diburu musuh yang mahu membunuhnya. 

‘Setiap nafasku bagaikan menunggu masa untuk mati. Jika Marikh boleh diduduki, sudah pasti aku akan ke sana. Kerana di sana, sudah pasti tidak ada sesiapa mengancam membunuhku.’ DANIA


Demi kelangsungan hidup, kedua orang tua Dania telah menghantarnya ke Malaysia. Selama berada di Malaysia, ketakutan dialami Dania beransur hilang. Di sana juga, Dania mula meminati Firdaus kerana menganggap pemuda itu paling kacak di dunia. Namun rasa cinta Dania terhadap Firdaus tidak disambut gara-gara pemuda itu membencinya tanpa sebab.


‘Aku mengakui wajahmu benar-benar setanding supermodel. Entah mengapa, aku membencimu seperti melihat manusia dipenuhi kurap!’ FIRDAUS


Kekecewaan Dania terubat apabila Amang hadir di sisi walaupun pada mula, Dania amat ragu-ragu untuk menyambut cinta pemuda berkulit putih melepak itu.


‘Definisi cinta menurutku adalah memberikan kasih sayang yang amat mendalam. Aku mahu kau menjadi termengah-mengah menerima cintaku seperti mana orang meminum air terlalu banyak.’ AMANG


Keseronokan Dania bersama Amang mula terganggu gara-gara kemunculan Inchira yang merupakan ketua muda dalam salah satu kumpulan Yakuza bergelar Watanuki. Atas bantuan Firdaus sebagai baruanya, Inchira mahu menghapuskan Dania demi dendamnya terhadap keluarga gadis itu.


“Aku memberikan kau pilihan sama ada memilih pistol atau bom tangan. Kau pilihlah salah satu. Ini kerana kedua-dua pilihan itu pasti membuatkan kau mati dalam keadaan azab!’ INCHIRA

Adakah Dania harus menyerah diri kepada Inchira seperti tikus kebasahan di dalam longkang, atau menumpaskan musuhnya seperti harimau gagah di hutan belantara? Dania harus bertindak. Tetapi bagaimanakah caranya? Dania mesti merancang secara sistematik dan berkesan.



"Mencintaidirimu bagaikan menghulur leher pada pedang samurai. Hanya menunggu masa untuk dipancung!"



Untuk mendapatkan secara online sila ke laman Facebook IlHAM PERSONA

^_^



No comments:

Post a Comment

Setiap koment anda amat berharga bagi mengkaji tahap kekratifan karya ini.