Novel: Bitter Sweetheart





HIDUP sebagai anak ketua kumpulan Yakuza, memang benar-benar memeritkan Dania. Setiap masa dan di mana-mana, Dania pasti diburu musuh yang mahu membunuhnya. 

‘Setiap nafasku bagaikan menunggu masa untuk mati. Jika Marikh boleh diduduki, sudah pasti aku akan ke sana. Kerana di sana, sudah pasti tidak ada sesiapa mengancam membunuhku.’ DANIA

Demi kelangsungan hidup, kedua orang tua Dania telah menghantarnya ke Malaysia. Selama berada di Malaysia, ketakutan dialami Dania beransur hilang. Di sana juga, Dania mula meminati Firdaus kerana menganggap pemuda itu paling kacak di dunia. Namun rasa cinta Dania terhadap Firdaus tidak disambut gara-gara pemuda itu membencinya tanpa sebab.

‘Aku mengakui wajahmu benar-benar setanding supermodel. Entah mengapa, aku membencimu seperti melihat manusia dipenuhi kurap!’ FIRDAUS

Kekecewaan Dania terubat apabila Amang hadir di sisi walaupun pada mula, Dania amat ragu-ragu untuk menyambut cinta pemuda berkulit putih melepak itu.

‘Definisi cinta menurutku adalah memberikan kasih sayang yang amat mendalam. Aku mahu kau menjadi termengah-mengah menerima cintaku seperti mana orang meminum air terlalu banyak.’ AMANG

Keseronokan Dania bersama Amang mula terganggu gara-gara kemunculan Inchira yang merupakan ketua muda dalam salah satu kumpulan Yakuza bergelar Watanuki. Atas bantuan Firdaus sebagai baruanya, Inchira mahu menghapuskan Dania demi dendamnya terhadap keluarga gadis itu.

“Aku memberikan kau pilihan sama ada memilih pistol atau bom tangan. Kau pilihlah salah satu. Ini kerana kedua-dua pilihan itu pasti membuatkan kau mati dalam keadaan azab!’ INCHIRA
Adakah Dania harus menyerah diri kepada Inchira seperti tikus kebasahan di dalam longkang, atau menumpaskan musuhnya seperti harimau gagah di hutan belantara? Dania harus bertindak. Tetapi bagaimanakah caranya? Dania mesti merancang secara sistematik dan berkesan.



E-Novel ini sudah pun dalam proses penilaian editor. harap diberikan rezeki untuk menduduki dunia penulis. harap di permudahkan. karya ini hanya rekaan semata-mata dari idea cetek zaman sekolah. Ashi hanya mencuba untuk  terus menulis agar menjadi satu cerita yang menarik. mungkin agak membosankan. harap boleh diterima pakai. Target untuk menjadi penulis novel aksi yang santai dan lincah. :)

No comments:

Post a Comment

Setiap koment anda amat berharga bagi mengkaji tahap kekratifan karya ini.