Novel: Couple Boy (BAB7)

Aku melangkah masuk ke dalam banglo, kelihatan Mama dan Papa sibuk menjerit memekik terlolong.

“Gol!”

Itulah sorakkan pemain ke dua belas pasukan harimau malaya. Harimau malaya patut berbangga dan bermain bersungguh-sungguh kerana Mama dan Papa aku langsung tidak menghiraukan kepulangan anak tunggal tercinta ini semata-mata menonton pelawanan diantara pasukan Harimau Malaya dengan Thailand. Buat masa ini Malaysia mendahului 2-1 dalam perlawanan suku akhir tersebut. Aku harap Thailand menang puas hati aku.

Tengok itu, Mama dan Papa langsung tidak mempedulikan aku. Tidak tanya dari mana, buat apa seperti kebiasaannya. Jealous dengan Harimau Malaya. Aku terus melangkah ke bilikku dan berguling seenaknya.

Wajah Syakir menjelma diminda. Dimanakah kawan baik ku, Ya Allah. Adzan berkumandang menandakan waktu solat Maghrib berkumandang. Tap! Aku tersedar, aku langsung tidak menunaikan satu solat pun pada hari ini. Apa yang mahu jadi padaku, ya? Lalu, aku bingkas banggun dan berlalu ke bilik air untuk menunaikan suruhan Tuhan.


HARI berganti hari, hari yang aku lalui sama sahaja. Tiada walau seinci yang berubah. Bila aku masuk pejabat yang semeyeh aku, aku langsung tidak menghiraukan pekerja-pekerjaku termasuk Haira melainkan mengenai kerja. Haira ada juga mahu memulakan buah bicara, tetapi aku langsung tidak menggendahkan. Malah, aku terus berlalu dihadapannya tanpa tanya khabar atau pun ucapan selamat. Aku terpandang wajah keruhnya, tetapi makin aku pandang makin terasa sakitnya hati ini ditipu. Melihat mata beningnya aku makin tidak keruan, mahu berdarah hati ini dicucuk sembilu.

Seminggu lagi khidmat aku di pasaraya FAJ Sungai Isap 2 sebelum aku berpindah menyandang jawatan General Menager di Syarikat FAJ holding.  Jam sudah menunjukkan pukul 5 petang dan masa untuk berangkat pulang. Aku menyusun kertas yang sudah hilang kesucian dan fail yang berterabur diatas meja kecil yang sudah uzur menanti roboh.

Aku melangkah ke pintu kelihatan wajah Hira yang agak sembab sedang menyusun beberapa bungkus kertas A4 mengikut jenis. Dia melirikkan matanya ke arahku. Tergamam sebentar melihat wajah kemerah-merahan dan ada setompok lebam di bahagian dahi. Hatiku mula terdetik kerisauan. Mahu sahaja aku melangkah menghampiri Haira dan memeluk tubuh itu erat. Kerana ego, aku terkaku dan memandangnya dengan penuh tiada perasaan. Mungkin sengaja dia solekkan wajah sampai lebam supaya hatiku menjadi cair apabila melihat wajahnya. Dasar!

Tanpa menoleh lagi. Langkahku teruskan sehingga kaki menjejak lantai Wira Turpedo. Aku melepaskan lelah. Wajah Haira yang mendung melihat langkahku membuatkan aku berasa serba salah terhadapanya. Tetapi, aku tidak boleh tipu diri dengan berlakon seperti lelaki suci yang kalis dengan segala yang terjadi. Sanggup menerima Haira bagaikan pak sanggup menutup aibnya yang telah tercemar.

Enjin kereta dihidupkan. Untuk kali keduanya aku mengeluh agar jiwaku tenang untuk mula memandu. Baru sahaja aku mahu masukkan gear undur, pintu bahagian penumpang terbuka dengan sendiri. Oh Mama! Siang-siang ada hantu! Aku mengucap dan memohon kepada Tuhan supaya hantu itu cabut lari. Aku fuhhh kiri, aku fuhhh kanan dan…

“Kau apa hal?! Terpercit air liur kat muka aku!” Suara. Suara yang sangat aku kenali dan rindu. Suara yang sering menghiburkan aku dengan dinginnya. Ya Allah! Rindunya aku!

“Syakir!” Aku menjerit keriangan. Senyuman melebar hingga ke telinga. Aku merangkul tubuh sasa Syakir dengan hati gembira. “Rindu awak!”

“Hoi! Gila! Aku lelaki dan aku bukan gay!

“Takkan lelaki dengan lelaki tak boleh peluk kot.” Aku melepaskan rakumanku. “pelukkan adalah salah satu jenis perbuatan untuk mengalirkan kasih sayang sesama manusia. Bukan bermaksud gay atau lesbian sekali pun. Takkan awak tak pernah peluk ayah…”

Stop membebel!” tengking Syakir.

Apahal ini, masuk-masuk sahaja di dalam perut Wira Turpedo terus berangin. Kenapa ya? Adakah…

“Syakir. Awak okey. Mereka kejar awak ke? Dia orang nak bunuh awak ke? Tell me!” Aku mendesak. Lengan Syakir menjadi mangsa.

“Kau boleh tak jangan pegang-pegang aku! Jijiklah!” Syakir memarahi aku. Apa yang mahu dijijikkan denganku. Aku bukannya buat tak senonoh pun. Pelik?

“Apa yang awak…”

Pap!’

“merepek… ni….dan” Aku dapat merasakan pukulan kuat pada bahagian medulla oblongata. Seluruh alam menjadi gelap.

Kedengaran suara-suara berbisik dipendengaran. Syakir seperti marah-marah. Ya Allah selamatkanlah Syakir.


SUARA ngilaian ketawa yang kuat mencecah pendenggaranku. Aku tiba-tiba tersedar daripada tidur yang lena. Siapakah yang ketawa menyeramkan itu. Macam langsui. Mama… Naim kena culik dengan bunian. Mama…

“Apa kau nak buat dengan kawan aku Hah?!” Kedengaran suara Syakir. Mahu sahaja aku mencelik untuk melihat wajah sahabatku. Tetapi, kelopak mataku tetap juga memberat tidak mahu celik melihat wajah sahabat itu. Ya Allah, kenapa dengan aku?

“Hahaha…” Ngilaian ketawa tadi. Siapakah itu? Kenapa ketawa dia macam langsui atau sama waktu dengannya. Dimana aku sekarang?

“Kau fikir apa yang aku nak buat?” Tanya suara itu membalas petanyaan Syakir dengan pertanyaan.

“Mana aku tahu. Yang aku tahu aku nak ayah aku selamat… Mana dia syaitan?” Suara Syakir keras. Kenapa dengan Ayah Syakir?

“Hahaha… ayah kau ya… nanti aku akan buat satu perjumpaan diantara anak dan ayah. Arrhhh… So sweet…” Suaranya sengaja disenggaukan. Ada suara-suara yang gelak ketawa silih berganti. Siapa mereka? Kenapa ramai sangat orang kat sini? Aku dimana? Syakir kenal mereka kah?

“Dan!” Suasana kembali sepi. Memberi ruang suara tadi nmenyambung kata-katanya “Kita akan mengadakan peasta…” Umumnya.

“Hahaha…”

“Fuiiikkk… wiiikkk….”

Suara ramai tadi kembali gelak dan bersiur gembira. Apa yang mahu digelakkan sangat? Aku jadi pening. Kelopak mataku cuba digerakkan tetapi, tetap juga melekat tertutup rapat. Aku sudah matikah?

“Aku tak kesah kalau kau orang mahu buat pesta apa sekali pun. Janji dengan aku lepaskan kawan aku dan mana ayah aku!” Suara Syakir makin mengeras. Dengan siapakan dia berlawan cakap. Syakir kena ugut? Dia mangsa? Siapa mereka? Soalan bertali arus menerjah minda menanti jawapan yang belum tentu dapat.

“Hahaha…. Aku akan lepaskan. Aku mana pernah mungkir janji seperti kau! Hahaha… aku akan lepaskan… hahaha….” Suara ramai kembali menyambut ketawa itu sambil bersiur seperti tertandinggan lawan mati.

“Aku akan lepaskan mereka selepas bau bangkai menjelma… hahahaha….” Makin galak ketawa dan siurlan silih berganti daripada mereka-mereka berhati syaitan.

“Kau!” terdengar tengkingan Syakir. Aku dapat merasakan kemarahannya yang memuncak. Mereka mahu membunuh aku ke? Oh Mama… Tuhan tolong aku… aku merintih dalam hati.

Gelap.

KEPANASAN seperti api yang marak menyala sehingga memakan bumbung rumah usang ini. Badanku langsung tidak dapat bergerak walau seinci. Kelihatan beberapa orang yang aku tidak kenali cuba untuk memadamkan api yang marak ini dengan beberapa buah baldi yang kecil. Walau apa jua pun usaha mereka untuk memadamkan api, api semakin marak menyala. Seluruh permukaan kulitku berasa pedih dibakar, disiat dan tikam. Ya Allah seksanya…

Rupanya apa yang diucapkannya memang betul-betul dibuatnya. Kenapa mereka kejam. Apakah salah aku terhadap mereka? Bagaimana dengan Syakir? Syakir?! Badanku semakin panas dan membisa terpercik api yang marak memakan kayu yang sudah dimasuki anai-anai. Perlahan-lahan ada suatu cahaya putih daripada kesamaran api yang kemerahan-merahan menyala. Siapa itu? Sakit anak mataku menahan pedih cahaya yang semakin cerah. Ada suatu bentuk tubuh seseorang yang semakin lama semakin menghampiriku.

“Naim!” keras suara itu. Siapa?

“Naim!” aku cuba membuka lebih luas kelopak mataku. Siapa?

“Naim! Bangun!” Aku tersedar. Serta merta pandangan aku kepada api yang marak, silauan cahaya putih yang terlampau, lenyam dalam serta merta.

Gelap!

“Naim! Banggun! Kau kena keluar dari tempat ini kalau nak selamat.” Ujar suara itu. Suara siapa?

“Naim! Bangun! Buka mata!” Suara tu kedengaran keras tetapi tetap berlembut. Siapa?

“Naim!”

Aku gagahkan juga membuka mataku yang memberat seperti syaitan yang beratnya satu juta kilogram bergayut pada bulu mataku. Aku seperti berlawan dengan diri sendiri, perlahan-lahan aku berjaya membuka kelopak mataku. Sekeliling tampak suram tanpa cahaya. Wajah Syakir berhadapan denganku tetapi aku langsung tidak dapat melihat mukanya dengan jelas.

“Syakir… kita kat mana?” Tanyaku. Tekak yang perit mebuatku sukar untuk berkata-kata.

“Kita dipengkalan mereka.” Ujar Syakir perlahan. Huh?! Mereka! Siapa mereka?

Huh?! Siapa?” Tanyaku kehairanan.

“Mereka… bagaimana ye? Sendikit penjualan dadah dan pinjaman mudah… atau along sebagai part time mereka… Huh…” Syakir seperti keberatan untuk menceritakan. Syakir mengeluh kelesuan. Tempat bersebelahanku diambil untuk melepaskan lelah. Ikatan pada tanganku dibuka.

“Ayah aku meminjam sejumlah 50,000 ringgit untuk memulakan perniagaan. Sampai suatu tahap ayah aku mencapai kejayaan, rakan kongsinya belot. Kerana tamak, dia telah merampas segala yang kami ada. Hutang ayah aku makin hari makin bertampak sehingga mencecah 100,000 ringgit. Ayah aku buntu dan tinggalkan aku berseorangan tanpa arah. Ayah aku lari entah ke mana. Mereka berjanji akan cari ayah aku kalau aku sudah dapat duit itu. Akhirnya, aku dah dapat dan Cuma tunggu masa ayah aku muncul dan mula hidup baru.” Cerita Syakir. Terajis sekali. Bagaimana dengan pembelajaran Syakir? Macam mana dia kumpul 100,000 tanpa sebarang perniagaan yang maju? Pelik?!

“Syakir… Mak awak macam mana?” Tanyaku tidak tahu menyabar.

Syakir mendiamkan diri. Kegelapan menyukarkan aku melihat wajahnya.

“Dia dah mampus. Mak yang tidak bertanggungjawab…” Balas Syakir dengan dingin.

Terajis!

Aku hanya mampu mendiamkan diri. Tidak tahu mahu membalas apa. Aku bukan kawan yang baik ke?

“Jom. Kau mesti keluar dari tempat ini. Kau tiada apa-apa urusan untuk berada disini bersama aku. kau mesti pergi!” Aku hanya mengeras melihat Syakir berusaha merungkaikan ikatan pada pergelangan kakiku. Kenapa dia tak mahu aku turut serta dengan masalahnya? Kami kami kawan baik bukan?

“Kenapa…” Pergerakan tangan Syakir terhenti. “… awak tak mahu saya tolong awak. Kitakan sahabat. Kawan baik… kita masih kawan bukan?” Tanyaku. Persoalan dari hati ke hati.

Kedengaran keluhan kasar dari Syakir.

“Kau tiada hak nak masuk campur dalam hal keluarga aku!” Tegas dan pedas. Syakir menyentak tali yang terikat pada buku lali aku kasar. Perhhh… pedih! Kejam! Terasa kakiku longgar dan penafasan kembali lapang.

“Kita boleh lari sama-sama Syakir. Kita laporkan kepada Polis tentang hal ini. Kita boleh cari ayah awak melalui penyiasat persendirian yang akan saya upah. Kita akan selamat.” Ideal spotan daripaduku. Wow!

“Tidak semudah itu. Mereka sendikit yang terkenal. Black Sugiwira diantara sendikit yang terkenal di jepun. Dan sekarang, mereka berada di Malaysia melalui sumbangan seseorang yang sangat berpengaruh dalam perniagaan. Dialah yang membuat hidup aku huru hara. Dan aku bersumpah akan jatuhkan mereka semua dalam lantai konkrik di penjara.”

What! Orang melayu kita tikam belakang!” Terkejut. Rupanya mereka ini bukan orang Malaysia. Datang tempat orang mahu bermaharajalelah. Bajek! Siapa mereka! Bedebah tak guna! Yang paling tidak dapat dimaafkan, mereka ‘Si Bedebah’ telah menghuru harakan hidup sahabat aku. Bangsat!

“Kerana harta, pangkat, kuasa… manusia boleh buta untuk menilai yang mana kaca dan yang mana permata. Sanggup memperjudikan diri sendiri hanya kerana apa yang mereka impikan. Dan, biarkan nasib yang menentukan sama ada mereka jatuh ke tanah atau terbang bebas diangkasa.” Lauh Syakir dengan penuh kata-kata berfalsafah. Wow! Berfalsafah ke berpunjangga? Arhhh… abaikan!

“Wow! Dasyat!”

‘Krik…krik…’

“Tetapi… walau apa pun yang berlaku. Saya tetap tak mahu tinggalkan awak seorang diri. Kitakan best friend. Saya tetap akan bersama dengan awak walau ke mana sahaja. Susah senang bersama. Kalau awak tidak mahu keluar dari tempat ini. Saya pun tak akan.” Aku bertegas.

“Keadaannya berbeza. Kau tak kenal mereka siapa. Jangan ambil keputusan ikut suka hati kau sahaja!” Syakir naik berang.

“Siapa yang ajar.” Gumamku perlahan sambil bibir memoncong tanda protes. Sambil buat comel.

“Apa sahaja!”

Syakir bingkas berdiri membuka pintu yang agak usang lagi menjijikan. Dindingnya bagai mahu kopak akibat anai-anai yang bermaharajalela di sana sini dinding. Aku harap kami akna selamat sehingga berjaya keluar. Bagaimanalah rumah usang ini jadi markas mereka? Aku tidak mampu bayangkan. Seram pun ada bila memikirkan logikkah rumah seburuk ini masih berdiri kukuh.

Syakir menunjukan tanda bulatan pada jari telunjuk dan ibu jari tanda ‘O’, tiga lagi jari hantu, manis dan kelinking tanda ‘K’. ‘Ok!’. Mataku mula bercahaya. Syakir bersetuju dengan cadanganku. Alhamdulillah…

Kami berjaya menyelinap keluar dari rumah usang. Tiadalah seseram mana apabila lampu menerangi ruang tamu. Tambahanpula semua pengikut Si Bedebah semuanya bergelimpangan tidak sedarkan dengan beberapa irama lagu asli dari bibir masing-masing, berdengkur. Sumbang gila!

Dalam aku menarik nafas kelegaan, aku tiba-tiba terasa pelipisku tersentuh dengan sesuatu yang licin dan sejuk. Aku cuba melegakan hati.

“Syakir… Awak kat mana. Janganlah main sorok-sorok…” Aku berdebar. Aku tertoleh kiri dan kanan tetapi langsung tidak nampak kelibat Syakir.

‘trapp…’

Aku sudah menelan air liur.

“Syakir… awak tahukan saya penakut… he… heee…”

Senyap.

“Naim! Arrhhh….” Aku terdengar jeritan daripada Syakir dari arah belakang. Aku berpaling untuk melihat keadaannya.

“Syakir!”

“Kau nak ke mana huh!” Tanya Si Bedebah itu. Badannya agak tegap. Tetapi, tidak dapat dinafikan lagi bahawa aku lagi tegak daripada mereka disini. Hoohoho…

“Naim! Lari!” Jerik Syakir yang sudah pun tersengkur di belasah dengan sebatang kayu baseball pada seorang lagi Si Bedebah. Jahanam!

“A…a…a… Nak lari ke mana huh? Kalau satu langkah kau berganjak. Bangkailah kau jadi.” Ujarnya. Tetapi, amarannya langsung aku tidak gentar. Senyuman sinis aku balas. Tidak! Aku tidak akan tinggalkan Syakir bersendirian. Selagi hayat dikandung badan, Syakir tetap aku akan selamatkan. Kami kawan baik! Dan aku tetap akan pegang kepada janji! Tekatku.

“Naim! Jangan ikut suka hati kau! Blah!” Jerit Syakir semakin nyaring.

“Tak nak!” Balasku.

“Apa yang kau tak nak?! Benggong!” Syakir mula kebenganggan.

Tidak! Aku akan lawan. Apa guna tali pinggang hitam aku semasa menyertai taekwondo? Apa guna aku menyertai Skuad Elit sehingga ke peringkat kebangsaan? Apa guna latihan menembak semasa menyertai Skuad Elit? Apa guna latihan lasak meningkatkan stamina aku semasa menyertai Skuad Elit? Arhhh… serabut!

“Naim! Jangan degil boleh tak. Blah!” Ulang Syakir lagi

“Kau mahu kemana… ha… ha… ha…”

“Dia orang ingat boleh larilah tu”

“Ha… ha… ha…” Ketawa mereka bersatu. Apa yang lawaknya? Aku makin benggang. Sebenggang Syakir terhadapku.

‘Pap!’

Satu tumbukkan terlepas tepat ke muka Si Bedebah yang sedang mengacu pistol di pelapisku. Tidak semena-mena pistol di tangannya terlepas terpelanting jauh. Aku mengatur strategi. Pantas aku mengunci pegerakannya, terus aku jatuhkan  tubuhnya dan tangannya aku kilas ke belakang.

“Arrgghhh…” Jerit Si Bedebah itu kesakitan.

“Arrhhh…” kedengaran Syakir mengerang. Aku tersentak.

“Syakir!” Aku terjerit.

“Kau nak kawan kau selamat. Jangan melayan!” Ancamnya.

“Blah!” Rintih Syakir keras

“Syakir…” gumamku perlahan. “Sejak bila awak jadi lemah macam ini? Awak tak pernah mengalah. Awak selalu melawan…” Ujar ku perlahan. Tangan Si bedebah yang aku kilas hampir sahaja terlepas. Mujur tindihan pada pelipat membuatkan pegerakannya terbatas.

“Kau jangan nak main-main!” Terjerit Si Bedebah satu lagi. Syakir seperti mendapat kekuatan untuk melawan.

‘Bang!’

Aku terdengar satu tembakan. Dari arah Syakir.

Syakir!

Aku masih lagi memegang kemas pegelangan tangan Si Bedah disisiku suapaya dia tidak terlepas. Makin kuat eranggannya, makin kuat aku kilas. Harap badan sahaja seperti abe-abe sado, tapi hampas pun tak ada.

Aku lihat. Syakir langsung tidak goyah untuk melayan Si Bedebah itu. Pangkal lehir dicekit sehingga menyebabkan pistol di tangannya terlepas. Syakir memang berani mengambil resiko walaupun dengan keadaan yang agak genting ini. Boleh sahaja Si Bedebah itu melepaskan tembakan ke dua jika dia cukup keberanian.

“Kau!” Terketar-ketar Si Bedebah mahu mengeluarkan kata-kata.

Pegelangan tangan Syakir, tetapi dia langsung tidak mampu melawan jari Syakir dari terus mencekit. Perut Si Bedebah itu di sepak bertubi-tubi  dengan kepala lutut. Kedengaran sangat sakit kerana terdengar bunyi eranggan dari pada Si Berdebah itu.

Pangkal lehir itu dilepaskan dan terus menghumban lelaki itu bangsat itu ke tanah. Ditindih dan ditumbuk bertubi-tubi di bahagian muka. Pasti cacat. Syakir bingkas banggun dan mula menyepak pada bahagian tulang rusuk pula. Auchhh… Pastinya sakit. Kesian…

‘Bang!’

Aku terdengar suatu bunyi tembakan dari arah bertentangan.

“Syakir!” Dengan pantas aku menerpa ke arah Syakir yang terjatuh di tembak. Bahunya digengam kuat tanda dia ditembak disitu.

“Hahaha…. Kau mahu kemana huh? Mahu pergi mati? Kalau nak aku boleh sahaja tolong kau pergi mati?”

“Kau…” Syakir mengumam perlahan

Siapa dia? Syakir seperti kenal dengan lelaki tersebut. Dari sengau suaranya seperti aku dapat menangkap siapa dia. Bukankah dia yang memerangkap kami? Apa yang dia mahu? Mahu sahaja aku banggun dan belasah Si Bangsat tersebut. Tetapi, ditegah oleh Syakir yang menghalang itu. Aku pantas memaut bahunya untuk bersiap sedia larikan diri jika berkesempatan.

“Kau pasti anak Tengku Adam bukan? Aku tahu… keturunan kau memang bawa sial. Dulu, bapak kau bawa sial pada aku. Sekarang kau pula. Bawa sial kepada kawan kau. Hahaha…” Lalu orang-orang Si Bedebah itu menyambut ketawa Si Bangsat. Tak lawak pun…

“Siapa kau?” Tanyaku kasar.

“Aku? Kau tanya aku? Hahaha…” sambil ketawa.

“Aku adalah Ramsul. Dulu bapak kau khianat aku dalam peniagaan. Adik aku pun jadi mangsa sampai adik aku mahu bunuh diri sebab bapak kau yang bajek bagus. Apa dia ingat semua benda boleh dibeli dengan duit? Huh?! Dasar jantan tak guna. Adik aku sampai mati, dia masih lagi tidak mahu mengaku salah silapnya. Kalau aku tidak dapat bapak yang tidak guna itu. Anak dari benihnya pun jadilah. Jadi, inilah yang kau mahukan sangat bukan?” Tangan kanannya yang memegang sepucuk pistul naik separas bahunya. Tepat-tepatmengacukannya kearahku?

“Sekarang kau mati…” Ujarnya.

Dua tiga tapak mendekat. Jarinya mula digerakkan untuk menembak. Aku menelan air liur. Oh Mama… Ya Allah selamatkanlah aku… Aku menutup mata sambil menguatkan semangat. Otak ligat berfikir apa yang patut aku buat.

“Naim. Dengar cakap aku. Kau kena blah sekarang. Biar sahaja aku mati. Lagi pun, aku sudah tiada siapa-siapa didunia ini. Kau kena selamat.” Ujar Syakir perlahan tetapi mampu didendari oleh pendengaranku.

“Tidak. Kita akan selamat.” Ujarku. Kedengaran mereka yang ada seperti ketawa terkekeh-kekeh geli hati dengan drama sebabak yang mengerikan ini. Dasar!

“Mati…”

‘Bang!’

“Naim!” Jeritan Syakir bergemar. Serta merta tubuhku ditepis ke tepi. Aku terduduk diatas tanah lembab berembun. Syakir…

“Polis!” Jerit salah seorang dari pada mereka Si Bangsat. Berkeliaran mereka berlari untuk selamatkan diri daripada beberapa anggota polis yang datang menyerbu. Kelihatan Si Bangsat yang mahu menambak kami jatuh ditembak oleh anggota polis. Aku terpegun seketika. Tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Yang aku mahu tahu, Syakir selamat.

Aku dibanggunkan oleh dua orang anggota polis yang lengkap dengan beruniform khas mereka untuk bertempur di dalam hutan. Tiba-tiba, aku berasa cemburu kerana tidak penah merasa berada dalam suit itu. Hem…

Syakir segera di berikan rawatan oleh beberapa orang anggota yang mahir dengan ubat-ubatan kecemasan. Dengan senang sahaja peluru pada bahagian bahu Syakir dikeluarkan. Sebanyak dua biji peluru pada bahu kanan Syakir. Aku tergamam seketika. Hebat benar Syakir kerana menahan tembakn itu. Walau bahunya sudah cedera dari awal. Jika kali terakhir itu tembakan untuk Si Bangsat itu, bermakna sebelum pergelutan itu lagilah Syakir sudah terkena tembakan dan langsung tidak merintih kesakitan. Aku terbangg pula dengan kehebatan kawab baikku ini, Syakir.

Terima kasih aku ucapkan kepada ASP Firman. Sungguh licik orangnya. Tidak salah dia menjadi seorang anggota polis berpangkat ASP atau lebih. Kerana kerjanya sangat tip-top. Pandai mengambil peluang. Rupanya, dia sudah memasang alat pengesan pada bahagian Wira Turpedoku. Kemana sahaja ia dibawa, satu titik merah akan menunjukkan arah lalui yang di ikuti oleh Wira Turpedo. Apabila melihat Wira Turpedo mengikuti lalui yang berbeza seperti selaluinya, dia terus mendapatkan skuadnya untuk menyiasat ke mana arah kami tuju. Dan akhirnya, sangkaanya tepat. Dan kami terperangkap dengan beberapa pengkhianat Negara dan beberapa orang warga Jepun yang sudah dibuang kerakyatkan.

ASP Firman siap memesan supaya berhati-hati kerana, ketua kumpulan Black Sugiwira masih tidak dapat dikesan. Hanya orang-orangnya sahaja yang mampu ditangkapnya. Awas! Mereka sangat licik dan kejam. Kekejaman mereka persis zaman Jepun berkuasa pada zaman perang dunia kedua dahulu. Bila mendengar ASP Firman berkata begitu aku mula rasa lawak pula. Rupa ASP Firman persis keanak-anakkan bila berkata-kata.
SEMOGA TERHIBUR ^-^

3 comments:

  1. Penulisan yg begitu menarik dn refreshing! Hahah, keep it up.

    ReplyDelete
  2. Naim kena tembak ke?! 0_0

    ReplyDelete
  3. Syg giller kat Syakir tu LOL

    ReplyDelete

Setiap koment anda amat berharga bagi mengkaji tahap kekratifan karya ini.