Novel: Couple Boy (BAB5)

 

Aku membelet-belet wallet ditangan. Ahmad Nor Syakir Bin Rusman, nama yang terterapa pada kad pengenalan. Jelas tergambar wajah Syakir berlumuran dengan darah malam semalam. Apa yang sebenarnya berlaku kepada Syakir? Hatiku bagai direntap pedih. Ya Allah, selamatkan Syakir, lindungi dan selamatkan dia. Aku memohon pilu dari yang Maha Esa. Moga-moga doaku didengarinya.

Kakiku masih mencecah lantai KMC sementara menanti waktu melawat. Dalam hati, hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa gejolaknya hatiku ingin mengetahui keadaan Syakir. Sihat ke, sudah sadar ke, bila boleh keluar. Lagu boys like girls berdering di dalam poketku menyedarkan aku dari lamunan sendiri.

“Hello Pa…” Aku menjawab malas.              

“Kamu dimana Naim?” Tanya Papa. Marah ke?

“KMC…” Balasku. Hanya berbasa-basi.

“Bua tapa?” Tenang.

“Tunggu kaw… orang yang Naim langgar semalam…”

What! Kenapa tak call Papa?”Papa menjerit dicorong telefon bimbit. Mungkin terkejut sebab aku tidak maklumkan kepada keluargaku awal-awal tentang keberadaanku.

“Eh… bukan-bukan, orang itu pengsan depan kereta, dan dia tidak sedarkan diri. Jadi, saya hantar ke KMC. Dan doktor tidak membenarkan saya balik sebab dia tidak dapat menghubungi keluarga orang tu.” Terangku panjang lebar.

“Okey. Kalau sudah settle datang ke pejabat segera.” Ringkas sahaja Papa membalas. Aku lega.

“Baik Papa…”

Telefon bimbit dimatikan.

Kedengaran orang ramai riuh dengan tapak kaki berjalan masuk. Mungkin sudah sampai masa melawat. Aku beredar ke tingkat 2, dan number bilik 1028 aku buka dan melangkah masuk. Syakir masih lagi tidak sedarkan diri. Bantuan pernafasan terpakai kemas pada mukanya. Ada beberapa wayar untuk membaca pegerakan jantung. Aku bersandar pada dinding sambil memerhati jalur-jalur kasar yang membaca pegerakan jantung. Bergunung-ganang, begerigi yang bermaksud keadaan Syakir masih dalam keadaan stabil. Aku menarik nafas lega. Bandage tertampal disana sini wajahnya, dahi berbalut anduh meluluhkan hati aku. Satu-satu kawan aku terlantar di atas katil Hospital.

Subah berjam-jam, Syakir masih lagi berkeadaan begitu. Tiba-tiba, tubuhnya seperti mengeletar, kepala tergeleng-geleng, kedua-dua belah tangannya menumbuk-numbuk sambil menjerik marah. Wajahnya berkerut-kerut seperti melepaskan suatu perasaan.

“Lepaskan Aku!”

“Aku tak salah!”

“Aku tak tahu apa-apa!”

Terjerik-jerik Syakir dan menjerit-jerit menyatakan sesuatu yang aku kurang fahami dengan maksudnya. Aku pantas menghampirinya. Syakir seperti bermimpi ngeri. Apa sebenarnya yang terjadi? Langsung aku tidak faham.

“Syakir…” Gerakku dengan lembut agar Syakir tidak terkejut.

“Syakir…”

“Syakir…”

“Huh! Ha…ha…ha…A… Aku kat mana?” Tanya Syakir tercungap-cungap menarik nafas. Bantuan pernafasan direntap.

“Syakir, Awak okey… sekarang awak ada kat Hospital.” Jawabku.

Wajah Syakir berpeluh-peluh seperti baru berlari keliling padang MPK sebanyak lima kali. Tercungap-cungap dia menarik nafas. Kesian. Apa yang jadi sebenarnya kepada Syakir? Bagaimana dia ada di kawasan Bukit Istana?

“Kau buat apa kat sini?” Tanpa ucapan selamat. Mata Syakir tajam memandang aku dalam desakkan nafasnya.

“Saya yang bawa awak ke sini. Malam semalam awak langgar kereta saya semasa dalam perjalanan balik rumah. Badan awak berlumuran dengan darah.” Terangku. Risau benar hati aku.

“Ouhh…” sepatah balas Syakir.

“Syakir, awak ada apa-apa nak kongsi dengan saya?” Tanyaku spontan.

“Tak ada.” Dua patah sahaja balasannya. Aku megeluh.

“Saya berjumpa awak dalam keadaan yang parah. Baju, wajah awak berlumuran dengan darah. Itu awak cakap tiada apa-apa?!” Aku mula berangin lain macam. Geram dengan keras hati Syakir.

“Apa yang kau nak kesah. Jangan masuk campur hal aku!” Kedinginggan Syakir membuat bulu romaku meremang.

“Apa masuk awak Syakir. Jangan masuk campur?! Apa semua ini? Kita dah janji jadi kawan baik sejak dibangku sekolah lagi. Awak masih tidak percayakan saya? Syakir bangunlah. Takkan nyawa awak jadi taruhan masih nak pendam. Cerita kat saya, mana tahu saya boleh tolong awak cari jalan keluar.”

“Aku cakap jangan masuk campur hal aku! Maksudnya jangan! Dan kau tak ada untuk itu!” Syakir menengkingku tiba-tiba. Mahu luluh jantungku.

“Syakir… apa yang awak cakap ini.” Aku bingung.

“Keluar! Keluar!”

“Syakir…”

“Keluar! Aku cakap keluar! Berambus!” Hampa

Aku keluar dengan langkah yang lemah. Biarlah, Syakir berdendirian dahulu. Mungkin dia perlukan masa untuk bertenang. Dia, Syakir. Bijak membuat keputusan. Tetapi, dalam hati ini terasa dengan tengkingannya. Sabar sahajalah. Orang sakit memang suka beremosi ke? Susah juga kalau menjaga orang sakit. Ketahanan mental dan emosi perlu kuat.


TAN SRI Tengku Adam Kamal Tengku Mukhris. Nama yang terukir khas dimuka pintu diketuk perlahan. Dengar suara di dalam memanggil masuk. Aku masuk lalu menjenggukkan kepala. Papa sedang menghadap komputer sambil memegang sebuah fail hitam ditangan. Aku melangkah masuk dan menuju ke meja pejabat Papa. Kertas di dalam fail dibelek dengan tekun. Aku sudah siap duduk dihadapnnya pun masih tidak berganjak dari kerjanya.

“Papa” Aku mula kebosanan dan terus menegur.

“Yes….”

“Papa suruh saya datang sini ada apa-apa masalah atau nak naikkan pangkat saya?” sambil tersengih-sengih seperti kerang busuk. Heeee…

“Tiada pekarang yang penting sangat. Cuma masalah sikit nak minta pendapat anak Papa ini berkenaan dengan Pasaraya.” Tangan tua itu masih lincah dihadapan komputer menaik beberapa kekunci dan enter.

“Pasal apa Papa.” Tidak jadi aku mahu ambil serious. Kalau hal kecil rasanya tidak perlu aku memikirkan sangat. Goyang kaki sahajalah.

“Kita ada dapat surat daripada pelangan-pelangan kita tentang masalah komunikasi pekerja kita dengan mereka. Mereka kata, pekerja-pekerja bangla kita susah menerima dan memberikan komunikasi dengan baik. That’s why, Papa panggil kamu datang untuk selesaikan masalah ini. Papa harap kamu boleh tunjukkan kebolehan kamu dalam menyelesaikan masalah ini”

“Tapi Papa. Macam mana dengan pekerja saya kat Sungai Isap. Kalau pun saya siasat masalah ini perlu memakan masa. Pekerja akan buat sesuka hati sahaja bila orang atasan tiada. Buku akaun pun perlu diteliti tiap-tiap hari.” Luahku. Bukan senang nak berkomunikasi dengan orang tidak faham bahasa. Akan memakan masa juga. Sudahlah kena ulang cakap beratus kali baru faham. itu pun belum tentu faham seratus peratus. Arah lain, buat lain. Hampeh tak ada.

“Bukan dipasaraya Sungai Isap pun ada pekerja yang tidak boleh berkomunikasi dengan baik seperti pekerja bangla. Tetapi, ada juga pekerja bangla cakapnya lagi lancar daripada orang kita yang suka rojakkan bahasa.” Bidas Papa.

Aku mengangguk faham. dalam masa yang sama aku dapat jupa jalan penyelesaian bagi masalah kecil. Wait! Inikan masalah kecil. Kenapa perlu ambil serious. Tidak masuk akal langsung!

Wait Papa!” Separuh menjerit. “Inikan Cuma masalah kecil sahaja. Kenapa perlu ambil serious?! Cuma masalah komunikasi yang rementemih sahaja.” Bantah sambil lewa aku. Papa sendiri cakap masalahnya tidak sebesar mana.

“Orang tua pun ada cakap, tidak elok melenggah-lenggahkan kerja. Naim, hal remeh temehlah penyebab sesebuah lelagasi itu musnah. Kalau diselidih dengan lebih terperinci, dari kecil masalah akan menjadi satu punca sebesar-besar masalah. Lagipun, customer is always right.”

Menarik nafas.

“Jangan pandang benda sekecil zaraf tiada mata. Zaman sekarang macam-macam boleh terjada. Berlaku sabotaj oleh pekerja sendiri konon mahu dapat wang lebih sanggup menerima rasuah. That’s why, Papa mahu kamu selesaikan pekara remeh temeh ini dahulu. Kalau hal kecil ini kamu tak boleh selesaikan. Bagaimana mahu gantikan tempat ini? Dia memerlukan seseorang yang luas pengalaman, bijak, berstategi, berkarisma dan matang. Bukannya budak yang masih meleleh air liur basi seperti kamu.” Templak Papa. Lelegan kerusi diusap-usap perlahan. Dia seperti mencabar dalam diam.

“Huh…” Aku mengeluh. “Saya tak meleleh air liur basilah Pa…”

“Jadi. Papa sudah serahkan satu tanggungjawab kepada kamu sebelum Papa menyerahkan seluruh Syarikat ini. Ini legasi kita. Amanah daripada orang dan punca rezeki bagi yang bekerja dibawah kita. Kita tidak boleh menghampakan mereka. Papa perlu cari orang yang benar-benar layak dan mempunyai nilai moral yang tinggi sebagai contoh kepada pekerja-pekerja yang lain. Do you understand?!” Taskirah Papa dengan tenang. Aku hanya mengangguk kebosanan. Taskirah Papa macam-macam versi ada. Semuanya dengan teori dan hadis. Kalau cerdik sikit, ayat Al-Quran menjadi bahan menasihati aku. Tetapi, kebanyakkan pendapatnya sangat logik dan penuh makna. Kadang-kadang terselit rasa bangga kerana Papa banyak kali dipanggil sebagai pakar motivasi dan penceramah tentang peniagaan dimana Universiti mahu pun Kolej Swasta. Huh! Tapi awas yang cuba masuk jarum nak membomohkan aku jadi lelaki kepada perempuan kehausan kasih sayang. Aku kasi lesing baru tahu!


SEHARIAN tidak Masuk ke pejabat menyebabkan bertimbun-timbun fail dan kertas-kertas. Duit yang berkepuk-kepuk. Payah juga kalau uruskan seorang diri. Perlu teliti dan tiada sebarang negatif dalam akaun Syarikat. Ini semua kerja Papa. Disebabkan aku baru mahu bekerja, dia kerah aku menguruskan pelbagai jenis fail dan akaun Syarikat. Tidak boleh silap langsung. Katanya, itu baru suku kerja yang perlu aku buat berbanding dengan kerja CEO. Hailah… berat juga mahu menguruskan Pasaraya sekangkang kera ini ya.

‘Riches do not come by crossing your fingers and walking through the day hoping. Riches and wealth come from well-laid plans.’ Itulah kata-kata seorang penulis terkenal dunia. Seorang ahli peniagaan. Kata-katanya menjadi inspirasi setiap insan dan membangkitan semangat mereka menjadi lebih berkobar-kobar membina kehidupan yang lebih baik.

Aku bula bersemangat pula untuk bekerja. Jika bukan Islam lebih maju dan boleh bejaya tanpa kepercaan dan peganggan yang kukuh. Apa kurangnya umat Islam. Betul kata Papa, jika kita tidak mulakan mahu harapkan siapa lagi? Orang melayu perlu bangkit dan sedar akan kepincangan rakyat Malaysia.

Fail diatas meja aku belek dengan perasaan terujak. Sehelai, dua helai… Mama.... Boring!

‘Tok! Tok! Tok!’

“Masuk…” Jawapku lemah. Sebenarnya malas nak melayan sesiapa sahaja termasuklah kekasih hati Haira. Tapi, sebagai orang atasan perlu jadi prihatin dan pendengar keluhan pekerja. Pekerja boleh memberontak dan menjatuhkan sebuah legasi, kata Papa.

Semasa aku melintasi Haira, Haira hanya menunduk dan aku langsung tidak ucapkan selamat pagi. Pasti Haira kecewa dengan aku. Memikirkan hal kerja dan Syakir, membuatkan aku malas nak ambil tahu hal lain.

Haira!

“Naim…”

“Haira…” Aku terus menunduk membelek fail yang sudah ada ditangan.  Dalam hati Tuhan sahaja yang tahu. Tetapi air mata rasa mahu tumpah apabila melihat mata bening itu. Ya, baru aku perasan, Haira mempunyai sepasang mata yang cantik, bening menyinari. Kesucian hati terpancar melalui hati tulusnya.

“Saya nak minta maaf pasal semalam. Saya tidak bermaksud nak sakiti awak dan…” Kata-kata Haira aku potong. Otak aku langsung tidak mampu memberikan tumpuan untuk berborak dengan seseorang sekarang. Tiba-tiba teringatkan Syakir di KMC. Apa khabarnya?

“Tidak perlulah. Saya rasa awak nampak saya tengah buat apa. Maaf. Saya lancang. Saya ada banyak kerja. Nanti kita sambung…” Bibir spontanku aku gigit ganas. Jahanam punya bibir! Pasti sekejap lagi banjir punya. Aku langsung tidak memandang Haira. Aku takut dengan sentuhan hati aku yang lemah dengan Haira. Saya minta maaf Haira. Haira yang terpaku membatu keluar dengan lemah. Maaf sangat-sangat Haira. Saya tidak bermaksud apa-apa. Arrhhh… serabut!

Fail-fail yang atas meja aku habiskan semaknya. Fail akaun aku semak atur, catat dan kira. Pengiraan sangat rumit dan merapu sampai kepada pengiraan calculus. Beberapa kertas daripada pembekal menjadi rujukan dan kadang itu terpaksa jugalah aku menyelongkar fail lama yang bertimbun dimeja kecil. Susah betul memegang amanah orang. Jika sekali orang tidak percaya, tiada lagi untuk keduakalinya. Lumrah hidup, siapa tidak mahu maju dan terus maju. Orang yang berpaling tadah akan hilang kepercayaan dan no compromise! Arrhh…. Serabut! Aku bakar juga semua kertas serabut ini karang!

Akhirnya aku tersandar lesu di kerusi tidak seberapa gah. Kerusi supervisor… aku berpusing-pusing sambil mata terpejam. Penat juga kerja pejabat rupanya. Ingatkan aktiviti luar sahaja buatkan aku penat. Mata aku pula rasa nak layu. Jam didinding aku terpandang, 6.30 petang. Oh Mama… dari pagi sampai ke petang tanpa makan dan minum semata-mata untuk semak kertas yang sudah hilang seri?!

Hampa… Lapar… sedih…

“Apa Syakir buat dalam wad sekarang?” tiba-tiba ingatanku kepada Syakir. Bagaimana terjumpa ditengah jalan dengan berlumuran darah. Doktor pun sahkan bahawa Syakir dipukul berkali-kali dengan suatu objek dan tumbukkan dan tendanggan. Syakir bernasib baik sebab pukulan tidak mengenai organ penting. Hanya luaran sahaja yang cedera teruk kerana dibelasah dengan keras dan kuat. Doktor juga sudah membut laporan polis mengenaik kes Syakir. Dan, Syakir akan disoal siasat mengenai kejadian yang menimpa ke atas dirinya bila dia tersedar.

Pintu ditolak. Mencari susuk tubuh tegak yang terbaring lesu dikatil. Tetapi hampa. Hanya katil yang tidak tersusun menjadi tatapan mata. Mungkin Syakir pergi ke bilik air melepaskan apa yang patut. Aku duduk disopa kecil disuatu sudut. Majalah yang menjadi santapan mata sementara menunggu aku capai dari meja kopi. Bagaimana mahu menjaga anak selepas dilahirkan. Merona sekejap wajah aku. Kelu. Kenapa majalah pasal anak ada dekat sini. Siapa mahu baca?

Sedah sejam aku menunggu. Batang hidung Syakir aku tidak nampak inikan pula bayangnya. Mana Syakir? Hati aku mula kerisauaan jika apa-apa yang menimpa Syakir. Aku keluar dan mendapatkan jururawat menanyakan sama ada pesakit bernama Syakir sudah keluar atau belum. Katanya, Syakir pergi ke tandas. Okey. Tapi kenapa sampai sejam? Aku minta jururawat itu untuk mencari Syakir sekitar KMC. Hatiku bula berasa lain macam. Aku turut mencari sekitar KMC. Lorong-lorong makmal. Kawasan stor, dan semua tandas. Kata Jururawat lagi kemungkinan besar Syakir sudah melarikan diri. Hampa di mana mahu cari.

Terima kasih aku ucapkan kepada mereka. Aku melangkah hampa ke pintu masuk KMC. Hari ini, pengunjung tidak ramai sangat berbanding hari sabtu dan ahad. Sebuah teksi berhenti tidk juah dari pintu. Dengan tergesa-gesa seseorang yang tidak diketahui identitinya menyelinap dan terus masuk ke dalam perut teksi. Mencurigakan.

Aku tergerak untuk membontoti teksi tersebut. Wira turepedo aku hidupkan dan laju mengekori teksi tersebut. Mencelah berbagai-bagai jenis kereta dalam kelajuan 180 km per jam. Hampir-hampir aku terbabas. Tuhan masih sayangkan aku. Sebuah bus sekolah berhenti serta mert dihadapan, teksi itu pantas mencelah dan aku menekan pedal drek dengan kasar. Hampir muka menyebam stereng. Teksi itu sepertinya perasan aku mengekorinya. Mungkin sedang bergelut dengan pistol dikepala. Aku terkandas dan bila kenderaan reda aku baru gerak semula. Hampir sahaja aku terlibat dalam kemalangan ngeri. Oh Mama…


TIDUR malamku tidak selena sebelumnya. Seharian aku memikirkan ke mana Syakir pergi. Puas otakku berkisar jika terlintas tempat yang sering dilawati Syakir. Tetapi hampa tiada. Mama dan Papa tiada di rumah pagi ini. Kata mereka keluar ke rumah teman mereka untuk gotong royong untuk acara doa selamat malam ini. Ahhh… apa sahajalah.

‘Dingdong…’

‘Dingdong…’

Suis pengera rumah beberapa kali berbunyi membawa aku bangkit dari tidur yang lena. Maklumlah hari cuti khas, hari buruh. Tambahan pula, aku anak bos hari-hari aku boleh cuti. Memandangkan, Papa dan Mama berjaya menerap aku penuh dengan tanggungjawab, membuatkan aku sudah lalu dan selesa mengikut kata-kata mereka. Tombol pintu depan kayu jadi aku tarik. Mata aku genyeh-genyeh agar penglihatan aku terang agar mamai aku hilang. Oh Mama…

Tiga lelaki yang boleh tahan tegap dan sasa berdiri tegap dihadapan pintu. Gayanya seperti gangster jalanan. Pakaiannya hanya tshirt biasa yang boleh didapati di pasar malam dan bandel. Hoohoho… sangat tidak bercita rasa. Kutuk-kutuk juga, dia orang ini nak apa datang rumah orang pagi-pagi buta begini?

“Maaf… Boleh kami berjumpa dengan Tengku Naim? Kami dari IPK Kuantan. Saya ASP Firman, Investigation officer bagi kes Ahmad Nor Syakir. Boleh kamu ambil keterangan?” Tanya ASP Firman.

“Ooo… Haa… Sila masuk.” Aku mula serious. Hilang kantuk aku. Demi Syakir.

Aku menjemput mereka duduk di sofa. Aku cuba berlalu untuk membuat kopi atau apa yang patut asal bukan roti telur yang sudah siap dihidang diatas meja. Menangis tidak berlagu aku karang.

“Ehh… Tengku. Tidak perlu buat air. Kami hanya jalankan tugas dan kami perlu segera balik ke pejabat.” ASP Firman melarang. Aku menepuk dahi. Aku layan dia orang macam kawan aku pula. Okey, Be Professional!

Aku kembali duduk disofa bersama mereka.

“Baiklah. Apa yang Encik ASP dan Encik-encik mahu tanya saya. Ada apa-apa info yang perlu saya kongsi?” Tanyaku serious.

“Tetapi, sebelum itu… errrmmm…” Mata ASP Firman melarikan pandangan kepada dua rakannya. Mungkin sebagai saksi. Akau mereka ada kerjakan kes lain selepas ini.

Aku kehairanan. Wajah ASP Firman seperti malu-malu kucing dan mukanya hanya menunduk. Yang lain turut sama menunduk. Apa ke hal?!

“Errrmmm…. Kami minta tolong Tengku pakai baju dahulu. Kurang manis jika orang lain lihat Tengku berurusan dengan kami hanya memakai boxer.”

Aku memandang tubuhku. Oh Mama… Tolong! Memalukan tuannya betul.

“Maaf… maaf… saya pergi pakai baju dahulu…” Tidak boleh menahan lagi, aku dapat merasakan wajahku merona merah. Tak guna!

Aku terus bergegas menaiki tangga terus meluru masuk ke dalam bilik. Mana-mana baju aku sarung sahaja ke badan. Hoohoho… kalau Mama tahu harus dia membebel. Wajah ASP Firman aku pandang dan kami mula serious. ASP terlebih dahulu menanyakan soalan sementara seorang pencatat dan seorang lagi memegang kamera bagi menjadikan bahan untuk laporan setiap kes.

“Syakir adalah kawan baik saya semenjak dibangku sekolah lagi. Kami satu kelas dan selalu menghabiskan masa bersama sehingga kami tamat persekolah. Apabila kami melanjutkan pelajaran di Universiti, kami membawa haluan masing-masing. Dan malam itu adalah malam pertama saya terjuma dia dalam keadaan yang lemah dan tubuhnya basah dengan darah. Wajahnya juga banyak darah mengalir menitis.” Ceritaku.

“Tengku ada syak sesiapa yang terlibat?” ASP Firman seperti mengesyak aku pula.

Aku terdian berfikir sebentar.

“Seperti saya cakap. Kami sudah lama terputus hubungan selepas menjejakkan kaki ke menara gading.” Aku menerangkan lagi sekali.

“Jika macam ini, sukar untuk kami menyelesaikan kes ini. Lagi pun, Encik Syakir langsung kami tidak dapat berjumpa. Tengku tahu kepada dia pergi.”

“Kali terakhir saya jumpa sehari selepas dia dalam wad. Dia baru tersedar daripada koma dan bila saya menegur dan bertanya kepadanya, dia marah-marah dan mengamuk. Cakapnya pun dingin semacam. Bila saya mendesak dia cakap jangan masuk campur urusan aku. Pergi berambus.” Aku mengajuk apa yang Syakir cakap. Aku cerita lengkap apa yang jadi da nisi perbualan aku dengan Syakir.

ASP Firman melepaskan keluhan.

“Kenapa Tuan Firman tidak pergi mengambil keterangan sebelum Syakir melarikan diri dari KMC?” Tanyaku cuba menduga kecekapan polis.

“Kita perlu mengikut procedure yang ditetapkan. Masa kami datang, doktor tidak membenarkan kami masuk sebab pesakit masih belum stabil dan kami juga tidak mampu berbuat apa. Lagi pun, dengan emosi Syakir, ianya langsung tidak dapat membantu kami. Lain pula jadinya nanti.” Balas ASP Firman. Aku mengangguk. Benar juga katanya. Masa itu, emosi Syakir masih belum stabil dan aku sendiri sebagai kawan baiknya pun kena halau keluar. Sadis sekali!

Aku mengeluh hampa. Syakir kemana awak pergi? Saya risaukan awak? Harap awak selamat walau dimana sahaja awak berada.

“Baiklah. Lebih baik kami beransur dahulu. Maaf jika menganggu masa Tengku masa-masa cuti begini. Jika ada apa-apa perkembangan kami akan contact Tengku. Dan, Tengku pun bergitu juga.” Secara berhemah dan formal sekali. ASP Firman dan anggotanya menunduk hormat. Aku juga turut tertunduk ala mat-mat Jepun. Alahai… Salam berjabat dan mereka bertiga berlalu ke pintu. Aku mengiringi mereka. Semoga Syakir dapat dijumpai.



No comments:

Post a Comment

Setiap koment anda amat berharga bagi mengkaji tahap kekratifan karya ini.