Novel: Couple Boy (BAB4)


Hari Sabtu pagi yang indah. Burung berkicauan bernyanyi lagu riang. Membuatkan aku seperti anak gadis yang baru bangun tidur. Spoi betullah burung ini. Pagi-pagi buta bising  memekak telinga aku! Bikin panas! Untuk menghilangkan irama merdu dari burung, aku pasang lagu sentimental dari LMC, penyanyi bang terkenal Jepun. Tombol volume aku pulas sampai habis. Oh! Yeah… Yeah…

Burung-burung beterbangan menangis tidak berketepian kerana tempo lagu mereka telah dicemari oleh Tengku Naim. Hoohoho… Happy aku!

Mama seperti biasa, berperang dengan ikan, ayam, lembu dan sayur-sayuran didapur. Papa pula sedang membaca surat khabar menanti dilayan seperti firaun. Hoohoho… betullah Firaun. Kalau betul-betul sayang bini kenapa tak tolong isteri didapur? Aku menarik kerusi dan duduk bersebelahan dengan Papa yang duduk dikepala meja. Wow… roti telur lagi! Yammm… lazat lagi menjilat jari. Habis satu piring. Hoohoho…

“Bertuah punya anak!” Papa separuh menjerik.

Aku terperanjat.

“Ape?!” Aku kehairanan.

“Kamu habiskan roti telur Papa! Bertuah betul” Papa membertuahkan aku. Mukanya kebenganggan

Sambil menjilat sisa telur.

“Memang bertuah pun. Naimkan anak Papa. Papa pun satu hal, duduk sahaja dimeja makan bukan nak makan, layan surat khabar dulu. Bukan boleh makan pun…” Jawab sambil lewa aku. Melihat muka merah Papa macam nak gelak sahaja. Tetapi, sabar… bapa aku tu.

“Huh!”

“Tadaaa…” Mama datang dengan semangkuk besar. Ini bapak punya besar! Bau sudah tahu nasi goreng. Diletakkan diatas meja dan masih berasap. Kecur air liur aku. Yam…

“Wahhh… Nasi goreng sayang hari ini macam sedap je…” Papa menghidu dengan wajah yang sangat teruja. Macam baru jumpa Nasi Goreng.

“Bukan macam, memang sedap sambil menjilat jari.” Balas Mama sambil ketawa.

“Yelah… ada-ada sahaja awak ini.” Biar saya rasa dahulu.

Papa baru menggangkat tangan untuk mencapai sedengk. Tetapi, aku terlebih dahulu menyenduk nasi goreng. Dua, tiga, empat, lima. Cukup. Eh? Tak cukup. Enam, tujuh, lapan. Okey! Cantik! Dan akhir sekali, Yamm… dengan lahapnya aku menyuap, kunyah dan telan.

Mama dan Papa aku pandang aku dengan pandangan terkejut. Mulut terlopong macam mulut ikan yang asyik tergaga sahaja. Mereka pula menelan liur melihat anak mereka makan dengan lahap seperti orang lima tahun tidak makan.

“Mama, Papa, kenapa melopong sahaja. Makanlah…” Aku pula mempelawa. “Rugi tau.”

“Naim! Mama tak pernah ajar kamu makan macam orang kebulur! Tidak elok makan macam ini. Makan dengan tertib. Ikut sunah baru rezeki kita berkat.” Marah Mama.

“Tak berdosa pun Mama…” Balas aku dengam muka sepuluh sen.

“Hah! Menjawab-menjawab…” Mama meradang. Mata menculung ke arah aku. Makanan elok di dalam mulut terkeluar semula. Tersedak.

“Aah! Kan dah tersedak. Makan gelojoh lagu. Kat dapu belambak makanan. Pergi amik makan!” Mama sudah marah benar. Aku tidak mampu berkata apa. Air masak aku teguk dengan lahap semoga hilang pedih tekakku.

“Hey. Sudah-sudahlah tu depan rezeki ni.” Papa meredakan keadaan.

“Kesian abang dapat makan sikit sahaja.” Mama mula memoncong. Amik hati Papa. How sweet.

“Tak apa. Kejap lagi kita pergi lunch di luar. Tinggal budak sorang ni.” Balas Papa. Mama hanya tersenyum dan mengangguk kecil. Bestlah tu…

What! Papa… sampai hati Papa…”

Aku terus makan dengan perasaan sebal. Aku menangis dalam hati. Mama dan Papa nak pergi dating kejap lagi, dan aku ditinggalkan berseorangan. Menangis tidak berlagu. Aku terus menyuap dan mengunyah tanpa memandang Mama dan Papa yang sibuk tersengih-sengih macam keram busuk sambil suap menyuap.

 Memandangkan aku berseorangan tanpa teman, lepak seorang diri di East Cost Mall (ECM) tanpa arah tuju. Kakiku hanya melangkah longlai melintasi deretan kedai mewah dan berjenama. Sekali-sekala aku terpaling melihat sebuah kedai yang comel dengan menjual cermin mata besar dan seluar kecil yang azab. Hoohoho… Beberapa kedai yang menjual suit lelaki yang lebih tampak elegant dan sangat mewah. Jenis jahitan yang teratur dan kemas. Tetapi, kalau mahu dibandingkan di jualan myaran, rasanya sama sahaja. Masih boleh dipakai. Hidup jangan membazir.

Sampai sahaja dihadapan Parkson aku terpandang seseorang yang sangat aku kenali. Macam Haira bila melihat dari belakang. Tetapi, dia dengan siapa? Sangat rapat sehingga berselisih bahu dan tangan kanan lelaki itu memeluk gadis itu. Hairakah? Dan pakaiannya Ya, rabbi… sangat tidak cukup kain sehingga menampakkan bentuk tubuh dan warna pehanya. Satu persoalan yang perlu aku rungkaikan.

Kaki mengarah panjang ke arah mereka. Wanita yang berbadan seperti Haira seperti menghindari lelaki yang berada disebelahnya. Bila wanita itu cuba menjarakkan diri, lelaki disebelahnya menarik bahu wanita itu kasar. Wanita itu cuba melepaskan diri, tetapi tangannya direntap dan pinggangnya di paut kasar. Aku mengikuti mereka sehingga masuk ke dalam Parkson di bahagian pakaian lelaki. Tangan sebelah kiri sibuk membelek baju-baju kemeja yang berjenama. Manakala tangan kanan pula masih kemas memaut pinggang wanita sebelahnya. Wanita itu cuba melepaskan diri tetapi makin kasar tangan lelaki itu di pinggang sehingga wanita itu menyeringai kesakitan. Aku pula berasa panas hati, kalau benarlah sangkaan aku yang wanita itu adalah Haira. Nahas! Bala menanti jantan keparat itu.

Aku menghampiri mereka, merentap tangan wanita itu. Kami sama-sama terkejut. Haira! Kenapa Haira berpakaian seperti ini? Siapa lelaki ini? Aku mula tidak sedap hati dan resah gelisah.

“Haira!”

“Naim…”

“Hoi! Bro… bro… bro… kau ni apa hal datang-datang, sentuh awek aku! Kau sudah tak sayang nyawa ke apa?!” Lelaki itu mula tunjuk taring. Aku buat tidak tahu pada lelaki itu.

“Haira… apa semua ini?” pertanyaan aku dibiarkan bergitu sahaja. Wajahnya menunduk. Gumpalan tangan kirinya digengam dan dibawa ke dada tanda resah.

“Kau apa hal! Sebelum aku bunuh kau. Kau pergi dari sini!” Tengking lelaki itu. Aku buat tidak tahu sahaja. Aku bertindak merentap tangan Haira dan terus berlalu. Dalam mengatur langkah, aku tiba-tiba tertarik ke belakang dan di tumbuk. Orang rama yang mengunjungi Parkson hanya pandang berbisik seperti biasa. Suka melihat drama sebabak tanpa bayaran ini.

“Naim!” Haira menerpaku.

“Kan aku dah cakap jangan masuk campur urusan aku. Kau siapa hah?! tiba-tiba datang kacaw kita orang?! Kau dengar sini! Kalau kau ganggu aku, tidak pasal-pasal muka kau pecah.”

Aku terbaring sambil memegang pipiku yang berasa berdenyut-denyut dan kembong-kembong pipiku. Aku mengerang kesakitan. Haira memangkuku dengan tangannya. Mencelung mata lelaki itu dengan ancamannya. Sebenarnya, siapakah dia? Apa hubungan mereka? Aku mengamik tangan Haira dan cuba berlalu pergi. Tetapi sekali lagi aku ditarik dan ditumbuk lagi di belasah cukup. Aku tidak mampu melawan. Aku hanya memikirkan tentang Haira. Auchh… sakit.

“Hey! Perempuan ikut aku!”

“Neji! Naim sakit! Awak jahat.”

“Kau nak mati ke?!”Tangan Haira di rentap dengan kasar dan mereka berlalu. Meronta-ronta Haira cuba melepaskan diri. Peganggan kemas membuatkan Haira menyeringai kesakita.

“Hei! Orang gila lepaskan awek aku!” Aku cuba bersuara.

“Hahaha… awek kau. Kau tahu tak siapa cikaro ni huh? Dia …”

“Lepaslah!” Jerit Haira cuba menyentak lengannya. Tetapi, Neji tetap terus mengheret Haira tanpa belas kasihan. Aku memerhatikan dengan pandangan yang lemah. Bibirku pecah akibat tumbukkan keras. Arrhh… kurang ajar. Neji ya?! Aku akan pastikan? Haira ada dalam gengaman aku juga. Kau tidak boleh seksa dia! Kau tiada hak!


WIRA turpedo aku pandu membelah malam. Deruman angin malam sangat sejuk malam ini. Kalau buka tingkap pasti aku beku. Fuhhh… sejuk gila! Kesesakkan lalu lintas membuatkan menyebabkan jalan yang indah dan sunyi dicemari oleh bunyi-bunyi hon dari kenderaan. Aku mengeluh. Kejadian di Parkson masih berbekas. Tetapi, aku malas mahu ambil peduli. Biarkan semua pergi dan aku akan uruskan masalah itu berlakang hari.

Rupanya sebuah pokok yang sebesar yang mampu meremukkan kenderaan tumbang dan meretakkan jalan. Nasiblah tiada sesiapa yang terkorban. Apalah Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) ini, langsung tidak bertanggungjawab dengan keselamatan pemandu sudahlah pokoknya yang di tanam sudah condong, tetapi langsung tidak diambil tindakan. Nasiblah tiada kematian yang berlaku. Aku memandu terus ke Bukit Istana. Keadaan seperti biasa, lengang dan sunyi. Tidak seperti taman perumahan ditempat lain yang sentiasa cerah dan meriah dengan anak-anak remaja suka berlepak dan bergelak ketawa. Tetapi di Bukit Istana, majoriti rumah-rumah jenis banglo dan Villa yang didirikan seluas dua hektar tanah. Jadi, anak remajanya lebih gemar mengunjunggi tempat-tempat maksiat dan melepak di bandar sampai lewat malam. Tidak tahu erti tidur dan berehat langsung.

Sedang aku khusyuk memandu ada sesuatu yang menuju ke tengah jalan. Pedal break Wira Turpedo aku tekan dengan kasar. Hampir terperlanting aku pada cermin hadapan, .nasib aku pakai tali pinggang keledar. Ingat! Kalau mana-mana kita pergi perlu memakai tali pinggang keledar. Baru nyawa kita selamat. Kemalangan tidak menanti anda untuk memakai tali pinggang. Kalau tidak, jawabnya muka berparutlah seumur hidup dan mas kahwin turun mendadak. Kesian. Tetapi, kalau lelaki lain pula ceritanya. Makin berparut makin handsome rasa selamatlah siapa yang jadi bini sipulan itu. Hoohoho…

Satu bentuk tubuh badan lelaki yang lengkap berpakaian seperti tshirt berwarna kuning yang sudah basah dengan darah dari wajanya. Mak ai, banyaknya darah dia! Kesian. Tetapi, seram! Wajah yang berdarah masih lagi basah menitis pada baju. Aku menelan air luir. Makhluk apakah ini? Matanya tajam membunuh ke arah aku. Dan tiba-tiba lelaki itu rebah. Membuat aku panik. Aduh! Bagaimana aku mahu lalu? Sudahlah dia block kereta aku tengah malam. Teringat pula jenayah yang berlaku sebelum ini. Wait! Hari ini hari apa?! Malam Ahad. Tapi, hantu akan menjelma walau bukan malam Jumaat. Oh Mama… Papa… Tolong! Anak manja seorang Mama dan Papa nak dicekik hantu!

“Apa yang patut aku buat ini?!”

“Apa patut aku buat?! Call ambulant, Polis, Jaiz, Mak…”

Deruman penghawa dingin membuatkn aku bertambaj panik. Tidak tahu apa yang patut aku lakukan. Aku hanya duduk dalam Wira Turnedo sehingga aku tidak betah. Aku tiada pilihan. Aku cuba keluar dari kereta perlahan-lahan dan menapak menghampiri lelaki yang jatuh dihadapan keretaku. Kelihatannya, lelaki itu masih bernafas dan mengerang kesakitan. Sekali-sekali dia mendesah menahan sakit. Tubuh itu menggeletar, mungkin kesejukan dengan angin malam yang lembab.

Aku menghampiri.

“Encik…” langsung tiada jawapan.

“Encik…”

“Errhhh… to…long…”

Nampaknya dia memerlukan pertolongan.

“Encik… boleh berjalan tak?”

Sepertinya, lelaki itu bereaksi dengan pertanyaanku. Aku pantas membantu dia bangun dan berlalu ke arah Wira Turnedoku. Aku membaringakan dia di tempat duduk berlakang dan aku terus berpatah kembali ke bandar lalu aku memandu laju hingga ke perkarangan Kuantan Medical Central (KMC) di bahagian unit kecemasan. Pada tengah malam bergini pun masih ramai pesakit kaum keluarga menanti ahli keluarga masing-masing. Tanpa berlengah, aku membantu menolak katil hingga ke dalam Unit kecemasan. Aku menahan lelah. Aku kembali ke kereta dan memakirkan di tempat yang sepatutnya kerana tidak mahu menganggu kereta lain jika berlaku kecemasan. Aku bersandar di rungan menunggu. Sudah hampir berjam-jam aku tunggu tetapi tiada khabar. Sementara menanti aku menghantar pesanan ringkas kepada Mama menyatakan aku tidak balik ke banglo. Mungkin esok. Akhirnya aku layu di bahagian menunggu 24 jam.


SELAMAT MEMBACA

No comments:

Post a Comment

Setiap koment anda amat berharga bagi mengkaji tahap kekratifan karya ini.