Novel: Couple Boy (BAB2)



Aku melihat setiap orang ada tugas masing-masing. Untuk pertama kalinya aku mengikuti perkhemahan kor kadet polis peringkat sekolah. Waaa… tiada tandas yang bersih dengan penghawa dingin, tiada air panas dan semuanya air kolah, tandasnya yang kecil langsung tidak selesa untuk melabur segala saham. Terpaling menyedihkan tiada bumbung untuk melindungi kami dari hujan semasa mandi. Monyet, kera, ular dan burung bebas memerhatikan kami bermandi-manda secara bebas. Seram, tubuh aku telah dinodai dengan pandangan jelek haiwan-haiwan diatas pokok. Oh Mama…

Hoi! Budak sengal! Kenapa duduk termenung sahaja. Pergi kutip kayu api ke? Bersihkan sampah ke? Nah! Ambil penyapu ini sapu daun kering. Kejap lagi nak pasang khemah. Kalau kau besihkan dalam masa 12 minit. Baju kau ni yang jadi penyapu. Faham!” Singa bertina sudah memberikan arahan.

Sakit telinga dia memekak kat telingga aku. Kuasa dia mengalahkan kami-kami sebagai kaum Adam. Semua tidak berani menentang. Guna nama bapak dia, siapa tidak takut.  Disebabkan singa bertina jugalah sehingga nak ambil SPM aku masih tiada kawan. Sungguh hebat penangan singa bertina kepada aku. Kerana gelaran sepupu, aku turut ditakuti oleh pelajar-pelajar yang lain kecuali dia. Mataku terarak kearah Syakir yang sedang menghempak kayu api ke tanah. Sangat kejantanan Syakir mengelap peluh didahi dengan plain cotton hand. Sangat mengancam dengan pandangan seperti itu. Kumpulan Hawa disebeolah aku mula berbisik-bisik kegirangan. Pasti terkena dengan pesona Syakir. Termasuklah Si Singa Betina. Aku tertelan air liur apabila pandangan tajam dilemparkan ke arah kumpulan Hawa itu tadi. Seram!

Aku menyapu bekas-bekas daun kering ditanah dengan malas. Sedih benar, aku tidak pernah melakukan kerja sedemikian seperti hamba abdi rasanya. Manusia yang bertaraf rendah. Pleaselah… Aku Tengku Naim okey! Syakir menghampiri sambil menghilukan tangan.

“Nak saya tolong…” Kemacohan Syakir terserlah.

Aku pandang ke arah Safura. Pandangan tajam dilemparkan. Aku telan air liur.

“Eh… Tak apa Syakir. Rasa lebih baik awak tolong Safura. Kesian… Kerja dia mesti berat. Sebab dia ketua untuk perkhemahan ini kan… he…he…” Aku cuba berdeplomasi. Wajah Safura tampak ceria dengan kata-kataku. Aku boleh menarik nafas lega.

“Huh?!  Budak gila kuasa tu tak ada banyak kerja pun. Kerja dia tidak habis dengan memekak terlolong macam tarzan cari bini dia sahaja.” Perdas berapi komen Syakir. Memang sempoi. Yang paling tak sempoi, aku perasan aura Safura sudah berapi. Matanya sudah bertukar kepada mata Singa Bertina yang laparkan daging. Tangannya digumpal kemas. Aku telan air liur lagi. Bala apa pula yang mai lepas ni?!

“Syakir… awak tak perlu buat semua ini…” Aku masih berkeras menegah.

“Tak apa… saya okey. Kitakan kawan baik.” Ujar Syakir. Aku hanya tersenyum dengan katanya. Syakir sememangnya seorang yang baik. Tetapi, sedihnya Singa Bertina meminatinya.

Syakir menolong aku menyampu, mendirikan khemah kami di bawah pokok yang ditempah oleh Safura. Tetapi, safura hanya kaku tidak mampu menegah. Ini semua kerana Syakir. Terima kasih Syakir, Aku terharu dengan kebaikan kau. Selesai solat berjemaah dan kami berehat sementara tunggu Maghrib. Solat Maghrib dan Solat Isyak diteruskan selepas diberikan taskirah oleh ustaz sekolah kami. Selesai sahaja solat berjemaah, kami di minta berada di dewan terbuka untuk berkumpul dan mendengar beberap peraturan semasa berada di kem. Bau hawa malam menusuk hidup. Bau tahi lembu dan pelbagai bau yang lain. Oh Mama… Naim nak balik!


AKTIVITI pertama kami adalah rempuh halangan. Yang paling aku tidak suka part inilah. Dia orang cakap, perserta perlu masuk ke dalam selut yang berlumpur, ada pacat dan lintah. Seram gila! Aku dan Syakir turut sama terserta. Memucat aku dibuatnya. Tidak pernah-pernah aku meredah hutan, berpacat berlintah, berselut berlumpur. Syakir disininya relaks sahaja macam tiada apa-apa. Kami berjalan mengikut satu barisan, Taman Pertanian Jubli Perak, Kuantan, Pahang kini aku teroka. Hutannya boleh tahan tebal juga. Sepanjang hayat ini kali pertama aku turut serta dalam perkhemahan peringkat sekolah dan join aktiviti lasak. Jika sebelumnya, aku selalu mengikuti perkhemahan Daerah, Negeri dan Kebangsaan dan hanya tersenarai sebagai peserta menembak dan kawad kaki berkumpulan dan individu. Berdebar rasanya.

“Kau okey?” Tanya Syakir menghilangkan rasa debar aku.

“Oh ye… hahaha… saya okey…okey… awak janganlah risau ye… eee…” Ku balas. Walau di dalam hati hanya Tuhan sahaja yang tahu debaran hati.

“Hemm… okey...” Jawapan selamba Syakir. Sangat arrogant.

“Baiklah kita mula sekarang.” Laungan dari salah seorang cikgu yang mengiringi kami.

Pasukan Kor Kadet Polis di undi dan mendapat salah satu track yang berhampiran dengan taman orked. Kami diminta mengikut arah anak panah yang bertali rafia yang diikat memalui satu pokok ke suatu pokok yang lain. Tetapi, awas ada beberapa pokok yang mempunyai ikatan yang sama dan untuk membezakannya adalah tali rafia yang baru dan yang lama. Paling menakutkan, ada beberapa tali yang sengaja mereka putuskan untuk memastikan ketajaman mata kami. Bila aku tanya, kalau tersesat macam mana? Senang sahaja jawapannya, nanti kami cari. Banyak cantik muka. Nyawa kami bukan bahan taruhan untuk ujikaji keselamatan hutan ini!

“Cikgu! Cikgu… sekejap saya lambat sorry…” Safura berlari seperti orang sakit jiwa melaung bagai. Pakaiannya pula selekeh. Separuh baju masuk ke dalam seluar. Tidak senonoh punya perempuan!

“Hah! Safura. Awak boleh didenda kerana lambat.” Marah guru penasihat kor kadet polis. Pasukan berunifom lain hanya pandang tidak berbicara.

“Saya tengok budak-budak ini. Ada yang terseliuh kaki. Saya cari ubat. Takkan cikgu nak marah?” Kaki menampu betul.

Pasukan Kadet polis terdiri dari lima perempuan dan lima lelaki. Pasukan unit beruniform lain pun sama bilangannya kecuali dua unit ini, Pandu Puteri dan Puteri Islam. Menerapkan ciri keperempuanan. Masing-masing memakai pakaian sopan. Cuci mata sekejap!

“Okey kita mesti menang!” Suara veto sudah bersuara. No compromise anymore!

“Dasar gila kuasa!” Kataku perlahan. Safura memandang. Dia dengar! Dasar telinga lintah!

“Ape!?” Buat muka benggang. Keluar dari list jadi calon isteri.

“Kau tanya aku ke?” Tanya aku balik. Semua orang berdiam, takut dibelasah oleh Singa Bertina. Mana tidaknya, disekolah dia yang jadi ketua. Tetapi, memang pun. Dia merupakan ketua pelajar merangkap ketua pengawas atau yang sama waktu dengannya. Jika orang buat salah sikit, pasti penumbuk akan diaju. Kadang-kadang, kesalahan kecil dibawa ke bilik disiplin dan dikenakan tindakan tatatertib oleh guru disiplin.

Aku pun pernah mengalami. Oleh kerana dia sepupu aku, Mama dan Papa siap cakap tengok-tengokkan Naim, Ye… Akhirnya, aku yang menangis air mata darah.

“Aku akan perhatikan kau!” Muktamat. Aku dalam bahaya. Mata dia sangat dinggin.

Wisel berbunyi tandanya pertandingan sudah bermula. Kami berlalu memasuki hutan dengan pantasnya. Selok belok hutan aku langsung tidak pakar sama sekali. Berkali-kali jugalah aku hampir terjatuh menyembah tanah tetapi nasib sempat berpegang pada batang pokok. Perasaan lega. Aku berlari lagi meredah selut yang lebih kurang paras peha. Sejuk dan rasa ada yang mengeletikku di dalam selut. Alamak! Kasut Adidas aku. Oh Mama…

Seterusnya kami meraung lopak air yang hampir ke paras pinggang. Mereka kata, balik karang kena samak dan sertu sebab babi suka mandi kat sini. Oh Mama… halangan seterunya, menuruni cerun yang tinggi. Mengucap panjang aku dibuatnya. Aku gayat! Bismilah aku baca berkali-kali sambil meniup tubuhku yang gagah perkasa ini. Kepala lututku mengeletar tanda takut. Aku menelan air liur. Mama… Papa… maafkan Naim. Naim tak nak bunuh diri.

Huluran tangan mengamit aku memegang tangan yang berurat kasar. Syakir menghulur tangannya agar kami beriringan turun dari cerun tinggi itu. Aku takut!

“Naim. Pegang tangan saya.” Arah Syakir. Aku hanya memandang.

“Pegang!” Arahnya lagi.

“Saya takut. Syakir. Saya rasa mahu mati!” Balasku. Kepala lututku mengeletar lagi kuat daripada biasa.

Syakir tidak membalas. Pandangan tajam dilemparkan. Aku nak tak nak sahaja menyambutnya. Dalam keadaan terdesak untuk pulang ke khemah aku menyambutnya juga. Aku menutup mata. Menghilangkan rasa gentar.

“Syakir. Perlahan sikit. Saya tak boleh langkah besar.” Aku melankah setapak-setapak. Aku dapat merasakan tarikan yang kuat apabila berjalan menuruni cerun. Seperti ada sesuatu yang menolak aku dari melakang. Harap-harap aku tidak terguling jatuh. Malang tidak berbau…

Tapak kaki gatas cuba aku legakan dengan hentakan yang kemas. Masa aku dalam keadaan getir inilah kaki aku mahu gatal. Tak guna punya semut dan segala jenis serang! Aku menghentak lagi kuat, merasa lega sedikit. Gatal lagi, aku hentak kuat lagi dan tidak semena-mena aku tergelincir dan tergolek ke dalam semak yang melindungi cerun tajam.

“Naim!” Syakir menjerik. Agak panik wajahnya. Tangannya cuba mencapai tangan aku. Tetapi, dengan jarak yang jauh lupakan sahajalah. Suara pekikkan dari ahli yang lain memanggil nama aku. Safura turut sama membantu menjerit suruh aku panjat dan mencapai tangan Syakir.

“Syakir! Teruskan tanpa saya!” Aku menjerit. Air mata jangan cakap. Aku yang lemah biarlah aku cari kekuatan aku sendiri di hutan ini. Tanganku sudah tidak mampu menampung berat dengan seketul batu. Aku melepaskan peganggan aku dan terus hilang dalam semak samun. Cerun yang tajam membuatkan badan aku sakit-sakit. Aku dapat rasa tulang rusukku seperti ditusuk dengan benda yang tajam. Aku berasa lemah, sakit, dan terus penglihatan aku menjadi kabur.

“Tolong… Tolong…”

“Suara siapakah itu…” Dalam separuh sedar aku terdengar seseorang meminta tolong. Aku mengagahkan diri bangun. Sakit tidak mampu di bayang. Tangan dan pipiku berasa pelik dengan celoreng-celoreng. Darah meleleh disana sini.

“Tolong…”

Aku dapat merasakan bulu roma aku meremang. Hari sudah beransur gelap dan matahari sudah hilang daripada pandangan.

“Tolong…”

Suara yang sama. Siapakah!? Aku sudah mula berasa seram. Hari ini malam Ahad, Nasiblah bukan malam Jumaat. Sedikit perasaan lega. Tetapi, kalau hantu tetap wujud walau malam apa sekali pun.  Dada bedebar tidak tentu arah. Wait! Kalau hantu mesti dia akan bersuara ‘Help… help… help…’ Tetapi yang aku dengar, ‘Tolong… tolong… tolong…’ Tidak masuk akal. Ini pasti budak senasib dengan aku! Aku bingkas bangun dan cuba mengesan suara tersebut, Makin lama, suara itu makin jauh. Alah! Salah arah pula. Aku patah balik. Dan suara makin jelas dan kuat. Aku terus berjalan sehingga suara yang meminta tolong makin jelas dicuping telinga. Aku bersuara bagi memastikan arah mana dia berada. Oh Mama!

Seorang pelajar perempuan sedang duduk berlunjur merenggang otot. Bila melihat baju tshirt unit beruniform Kadet Remaja Sekolah, sudah aku mengagak budak sekolahnya turut terperangkap. Kelihatan tubuhnya sangat lemah hanya suara yang mampu dijadikan khudrat meminta tolong. Aku menghampiri gadis itu dan wajahnya berubah beriak takut. Tetapi, apabila melihat tshirt unit beruniform aku dia seakan-akan merah kemalu-maluan. Tubuhnya langsung tidak dapat digerakkan.

“Awak okey?” Tanya aku lembut. Takut dia tersalah anggap aku mengambil kesempatan. Maklumlah perempuan suka berfikiran negatif dari pasitifnya. Otak biru banyak!

Ermm… “Itu sahaja jawapannya.

“Kita kena kelur dari hutan sebelum malam. Jom.” Aku menghulurkan tangan agar gadis itu menyambut dan banggun mengikutnya mencari jalan keluar.

“Tak…” Gadis itu hanya mengeleng membuatkan aku tertanya-tanya.

“Jom…” lengannya aku pegang kemas dan menariknya bangun. Agak kasar sehingga membuat dia menyeringai kesakitan.

“”Arhh…” Dia menjerik.

“Awak okey?! Sorry… Sakit ke?”

“Sak…”

“Ahh? Apa?” Tanyaku. Gadis itu seperti sukar untuk mengeluarkan kata-kata. Air liur membasahi dagunya. Dadanya kelihatan sesak dan badannya kaku langsung tidak bergerak.

“Eh. Awak kenape ni?” Aku mula risau. Aku melihat sekeliling kalau-kalau ada sesuatu yang boleh ditemui untuk menyelamatkan kami berdua. Tercari-cari suatu benda yang tidak pasti. Beberapa ekor labah-labah yang sedang mengurungi markas mereka. Oh Mama Papa…

Labah-labah Funnel Web. Labah-labah diantara terbahaya di dunia dan berasal di Australia. Bagaimana boleh berada di dalam Taman Pertanan yang terpelihara hutannya. Satu keragun yang perlu diberikan jawapan dengan segera. Kalau tidak jabatan penyelengara Taman Pertanian perlu diberikan tindakan bertanggungjawab atas khilaf mereka. Funnel Web, labah-labah yang memiliki racun neurotoksik dan gigitannya dapat menyebabkan pengeluaran air liur yang berlebihan, kejang, rasa sakit yang kuat, keluar air mata dan kadang-kadang dapat membunuh. Mama! Tolong Naim.

Wajah gadis comel yang lecun dengan deraian air mata. Matanya terkelip-kelip meminta pertolongan. Sadis sekali keadaannya. Funnel Web menghampiri aku yang sedang berdiri tegak. Aku pegun. Apa yang patut aku buat? Terpandang gadis comel yang berlunjur lemah, Aku terus mencempungnya dan terus berlari dimana arah yang aku datang. Gadis yang aku cempung kadang-kadang menyeringai kecil. Mungkin sakit berhenjut-henjut.

“Sabar, ya. Kejap lagi kita akan selamat. Awak dengarkan. Kita akan sampai ke khemah dan awak akan ke Hospital. Jangan risau awak akan selamat.”

Kata cikgu Kakashi, untuk mencari jalan pulang apabila tersesat di dalam hutan adalah, pertama perlu mencari batu, pokok atau tanah yang berlumut dan bahagian yang berlumut itulah jalan keluarnya. Kedua, ikut arah matahari terbenam. Tetapi, matahari terbenam ke matahari naik. Aduh! Ketiga, cari sungai dan ikut arah air mengalir. Keempat? Alah… lupa! Tetapi kenapa aku perlu ikut pertua merepet Cikgu Kakashi? Ianya Cuma di dalam anime. Hampa!

“Awak sabar…” Aku mula kasihan dengan gadis yang aku kendung sekarang. Wajahnya memucat tanda darahnya tidak berjalan dengan semula jadi. Aku mula resah jika apa-apa yang berlaku kepada gadis ini. Aku terus berjalan tanpa arah tuju. Dalam sedar aku menonong, aku terjatuh berlutu, sebiji batu sebesar lengan menghalang laluan aku. Aku menahan sakit lutut yang amat.

Aku berehat seketika, sudah agak jauh aku berlari. Hari pun sudah gelap menandakan matahari sudah hilang dari pandangan dan bulan mula muncul mengindahkan malam hari. Aku melepaskan lelah. Gadis yang comel aku sandarkan dua di bahuku. Pernafasannya tampak seperti mulai setabil. Aku cuba memejamkan mata dan pendengaran tiba-tiba menangkap satu bunyi. Bunyi ranting sangat jelas yang boleh dikatakan beberapa sahaja meter daripadanya.

Kata pendita gatal pula, kalau ada musuh yang datang serang hendak. Perkara pertama boleh dibuat ialah, pura-pura mati dan apabila musuh datang mendekat cuba berikan serangan  atau apa-apa dan seterusnya selamatkan diri. Baiklah pendita gatas. Aku pura-pura mematikan diri sambil menyandar pada batang pokok.

‘Prak!’

‘Prak!’

Lagi.

Prak!’

Sudah dekat.

‘Prak!’

“Naim…” seseorang yang memanggil. Bukan sudah aku bilang, hantu akan muncul walaupun bukan malam Jumaat. Oh Mama! Mama… Naim takut… sambil menangis di dalam hati.

“Naim! Ini aku syakir!” Syakir separuh berbisik.

Terbuka luas mata aku. Yeah! Aku selamat. Sayang awak Syakir. Aku melemparkan senyuman bahagia kepada Syakir kerana sanggup meredah hutan seorang diri.

“Jom! Kita kena pergi sekarang. Kita perlu keluar dari hutan ini sebelum 12 tengah malam.”

“Kenapa pula?” Aku kehairanan. Syakir tampak resah gelisah sekali.

“Diorang cakap Taman Pertanian ini keras. Memang setiap tempat perkhemahan akan mengalami benda yang sama. Yang saya khuatir, awak dan budak ini tidak dapat dikesan. Entah-entah bunian berkenan dengan anak kerabat ini.” Cakap tidak berlapik langsung!

“Syakir! Awak tidak sepatutnya cakap kuat!” Aku mula ketakutan. Sememangnya seorang lelaki perlu gagah dan berani. Tetapi bab-bab halus ini, berpada-padalah. Sehebat mana pun, tetap tidak terlawan kecuali yang beramal dengan Al-Quran.

“Jadi kita kena keluar sekarang. Dan Syakir terus menghilang di sebalik semak.” Memang dasar arrogant. Tak nak langsung tolong aku.

“Awak, kita akan selamat.”

Aku pantas membontoti Syakir yang sudah jauh ke hadapan. Laju benar dia berjalan, tidak tertoleh-toleh langsung. Kalau ye pun tunggulah. Sampai disuatu cerun, aku dah mula goyah. Tetapi, aku gagahkan juga untuk keselamatan gadis comel. Yeah! Akhirnya berjaya juga. Dan aku nampak samar-samar cahaya meneranggi. Mungkin itu dewan terbuka. Aku mula kegirangan.

“Syakir!” Safura menjerik dan berlari arnab ke arah Syakir. Tetapi, malang hanya jelingan dinggin yang dilemparkan.

“Cikgu! Tolong! Dia disengat dengan labah-labah Funnel Web.” Ujarku. Beberapa cikgu perempuan menghampiri kami dan cuba menyambut gadis comel yang ada di dalam gegaman aku. Semoga awak cepat sembuh. Tiba-tiba aku rasa ada sesuatu yang keras menimpa kepala. Aduh! Sakitnya…


                                                    
SEMOGA TERHIBUR.... HARAP KORANG DAPAT MEMBERIKAN KOMEN POSITIF


No comments:

Post a Comment

Setiap koment anda amat berharga bagi mengkaji tahap kekratifan karya ini.