Novel: Lelaki G dot A dot Y (BAB1)

“HOME sweet home…”

Pintu rumah berkayu jati itu terbuka luas di tolaknya. Berdentum pintu rumah bunyinya apabila tombol pintu terkena dinding simen.  Terperanjat seisi rumah dengan kelantangan suara jejaka itu. Sudah lama membawa diri pergi berhijrah ke Negara orang kini kembali membuktikan kehandalan diri. Semua penghuni rumah banglo tiga tingkat itu serentak tertoleh kearah jejaka yang berdiri di hadapan pintu yang terbuka  luas.

“Semua orang tak rindu Im ke?” Tanya Naim. Mukanya sengaja dibuat-buat seperti merajuk.

“Im sudah balik nak…” Sambut mama Naim, Rose. Dengan wajah yang terharu

Rose atau nama panjangnya, Tengku Rosnah Binti Tengku Jusuh. Wanita kroporat yang paling disegani di Malaysia. Mana tidaknya, selalu memenangi banyak tender didalam syarikat suaminya, Tengku Adam Kamal.

“Mama…” Ucap Naim. Lalu tangannya didepakan dan terus berlari kearah mamanya. Tubuh mamanya dipeluk erat dan makin ketat. Tidak beri lepas.

“Sudahlah Naim.. Kesian mama kamu itu lemas nanti…” Pesan papanya, Adam.

“Papa…” Tubuh papanya pula menjadi mangsa pelukan Naim. Winney betul budak ini.

“Alala… anak papa sayang..ermmm…”Pelukan Naim turut dibalas erat sambil badannya sengaja dipaling ke kiri dan kanan tanda kegeraman.

“Err… Papa sudahlah lemas…” Ujar Naim. Naim lemas kerana pelukan papanya amat kuat sehingga membuatkan pergerakan dirinya agak terbatas. Kebas jadinya.

“Tahu pun lemas. Kesian mama kamu. Kan mama kan?” Adam mula membuat wajah comel. Tangan kanannya dilekatkan diatas bahu Rose. Perlahan-lahan bahu itu diusap penuh kasih.

“Hmmm… kesian sangat bang…” Rintih Rose. Romentik sekali melihat pasangan tua itu bermadu asmara.

“Papa…Mama… Im nak masuk bilik dan cari lubang tandas…” Ucap Naim dengan muka straight.

Adam dan Rose saling berpandangan. Sebelah kening kedua-duanya terangkat untuk simbol menanyakan kenapa? Akhirnya, kedua-duanya menggeleng kepala.

“Eh.. nanti. Jom kita makan dulu” Pelawa Rose. Mana anaknya balik tidak dijamah dengan makan. Tidak prihatin namanya.

“Sayang.. biarkanlah Im rehat dahulu. Dia penat itu.” Ujar adam. Cuba memahami anak sendiri. Maklumlah, dia juga lelaki. Pasti mementingkan tempat tidur melepaskan penat.

“Ok…” Rose mengalah. “Abang…” Rose memanggil suami kekasih hatinya.

“Ya, sayang…” Adam menyahut panggilan isterinya.

“Jom…” Rose membuat muka manja. Adam tersenyum-senyum, faham sangat kerenah isterinya, ikut sahajalah. Nanti merajuk payah pula.


“YAMM… sedapnya sayang. Abang nak lagi.” Ujar Adang. Pingan yang kosang tanpa sebarang sisa makan di hulurkan kepada Rose.

“Sedap ke bang. Rose masak macam biasa sahaja. Itu pun Abang kata sedap?” Tidak percaya dengan kata suaminya. Ikhlaskah kata-kata itu keluar daripada hati? Sedap sangat ke? Entahlah, aku pun tidak merasanya lagi.

“Yelah sayang. Masakan Kelantan tiada bandingannya.” Ujar Adam sambil ketawa.

“Yelah sangat. Ke nak jaga hati saya sahaja?” Tanya Rose masih tidak percaya dengan kejujuran dan keikhlasan Adam.

“Ya Allah. Betullah cakap Abang ini.” Adam mula kebenganggan.

“Hah! Tengok tu. Nak uji sikit dah naik angin.” Bidas Rose. Dia hanya mahu menguji hati suaminya adakah sabar atau tidak dengan kerenahnya. Kalau hal yang kecil macam ini tidak boleh nak bersabar bagai mana dengan hubungan mereka kelak?

“Alala… sayang merajuk sudah ek? Meh sini abang nak pujuk. Yelah, bukan apa. Abang pelik tengok sayang manja semacam macam kucing parsi hari ini kenapa. Ermm…”Luah Adam.

“Mana ada..” Rose mula memoncong.

“Hah! Biar abang teka. Ermm… Naim nak dapat adik baru ye…” Adam mula serkap jarang.

What! Mana ada.  Dah tua-tua macam mana nak lekatnya…”Tepis Rose.

“Alah… apa salahnya, mana tahu tuhan nak bagi rezeki lebih pada kita.” Ujar Adam. “Doa-doa sahajalah..”

“Abang!”

“Ye…”

“Malulah… dah tua-tua ini ada anak lagi. Nanti Rose yang lahirkan nanti, tiba-tiba panggil Rose nenek pulak. Isteri Im lahirkan anak pula sebaya dengan anak kita. Tak ke malunya nanti.” Luah Rose.

“Ish…  kenapa cakap macam itu. Kalau rezeki Tuhan nak bagi nak buat macam mana.” Marah Adam. Bukan marah betul pun. Marah-marah sayang. Tidak sedap didengar dengan kata-kata Rose, isterinya itu tadi.

“Yelah… sepatutnya Rose bersyukur yang keluarga kita aman dan damai. Alhamdulillah sehingga sekarang kita hidup bahagiakan Abang.” Minda Rose kembali menerawang ke zaman percintaan. Walaupun cara perkenalan mereka berdua agak terajis dan memalukan. Alhamdulillah membawa berkah dengan Hidayah dan dorongan Illahi. Segalanya berubah dan menjadi lebih baik. Moga kekal hingga ke akhir hayat.

“Tahu pun.” Ujar Adam. Tangannya naik mencuit hidung isteri tercinta. Tertawa kecil Rose dengan telatah suami yang dikasihi.

Thank You Abang…” Ucap Rose. Tersenyum lebar Rose dengan tindakan Adam. Gembira hatinya. Terima kasih kepada tuhan kerana menemukan jodoh yang terbaik didunia untuknya.

Nasi ditambah kedalam pingan adam yang kosang. Lauk ikan singang di letakkan kedalam pingan Adam. Bau lauk itu sudah menyegat kehidung Adam. Pasti terangkat punya…


“HAIRIN…”Ujar Naim perlahan. Bingkai gambar yang terletak kemas gambar Hairin di tatap tanpa jemu. Di usap-usap gambar comel itu lalu di bawa ke dada bidangnya. Bingkai Hairin dipeluk erat sambil tersenyum.

“Saya rindu awak tau…” Luah Naim bersendirian. Luahan ikhlas. Mananya tidak ikhlas rindukan kekasih lama yang lama ditinggalkan di tanah air jauh di perantauan orang. Cinta yang berputik dari bangku sekolah moga membawa ke jinjang pelaman dan akhirnya ke jannah. Amin…

Mata Naim di tutup rapat agar dapat merasakan kehadirian Hairin disisinya. Wajah Hairin mula terbayang dengan kulit mulus semulus kulus kulit Nora Denish. Tetapi kulit Hairin lagi mulus kut. Mereka berpeganggan tangan berjalan ditepi benteng sambil menghirup udara yang telah dicemari bau ikan… Ermm… rasa lapar…

“Laparlah pula… agaknya mama masak apa ya?” Detik hati Naim. Bingkai Hairin diletakkan elok-elok diatas bantal dan terus keluar dari pintu bilik. Anak tangga dituruni satu persatu. Kakinya melangkah menghampiri ruangan makan. Sampai sahaja di dapur telinganya tertangkap satu suara.

“Mama…”Panggil Naim…

“Im…” Rose turut membalas apabila melihat kehadirian putera tunggalnya masuk keruangan makan.

“Im…” Tegur suara itu. Membulat mata Naim.

“Safura!!”


Note: Tinggalkan komen anda untuk novel baru Ashi ini.. :-)




No comments:

Post a Comment

Setiap koment anda amat berharga bagi mengkaji tahap kekratifan karya ini.