Cerpen: Bad Boy (Naruto Version) # 2


SETELAH segala persiapan perkahwinan berakhir dengan jayanya. Alhamdulillah, perkahwinan yang dirancang diantara dua keluarga berjaya juga dilaksanan. Walaupun seri di wajah kedua mempelai kelihatan agak suram, seperti mereka tidak rela perkahwinan itu diteruskan. Maklumlah, mana ada orang suka kahwin dengan sepupu sendiri. Orang cakap tidak elok mengahwini sepupu sendiri kerana bimbang dengan pembawakan penyakit yang dikenali sebagai Talasemia.

Talasemia bermaksud kecacatan darah. Apabila pasangan wanita mempunyai Talasemia dan secara automatic pasangan lelaki turut mempunyai penyakit tersebut kerana mereka dari kalangan keluarga. Apa entah lagi, mereka sepupu daripada sebelah ayah. Sudahlah dari benih yang sama. Apabila mereka berkahwin pasti anaknya akan menjadi pembawa talasemia atau penghidap. Berkemungkinan besar anak akan mengalami kecacatan seumur hidup. Haru…

Sebab itulah didalam islam dilarang mengahwini sepupu sendiri. Tetapi, ianya tetap sah jika pasangan tersebut terlalu menyintai antara satu sama lain. Jika berpisah, akan bunuh diri. Sebab itulah orang suruh cinta Tuhan dan RasulNya terlebih dahulu, baru senang hidup!

Langkahnya menghampiri pintu gelangsar. Baru satu jam yang lepas kamar itu sudah sah menjadi kamarnya dan Hinata. Oh tidak, bala apa pula yang berlaku selepas ini. Tidak habis-habis dengan perancangan masa hadapan keluarga ini. Bukan dia tidak suka dan benci kepada Hinata, tetapi lebih daripada itu. Kalau dibenarkan, dia mahu menjaga Hinata sehingga ke akhir khayatnya tetapi…

Sob! Sob!

Kedengar bunyi tangisan dari kamar itu. Sungguh hatinya tidak tenang dengar suara tangisan itu. Langkahnya mendekati Hinata yang sedang berdiri dijendela. Kelihatan ramai warga Kampung Konoha sedang beransur pulang kerumah masing-masing. Hem, boleh tahan meriah.

“Hinata…”

Dengan perlahan-lahan gadis yang sudah sah menjadi isterinya dipeluk erak. Hinata tergamam. Setiap sendi dan uratnya seperti terkenci membiarkan pelukan Neji keatas dirinya.

“Neji…” Gumam Hinata.

“Saya tahu awak tidak cintakan saya. Tetapi, biarkan perasaan gembira mereka reda dahu dan saya akan lepaskan awak pergi.” Ucap Neji.

Hinata tergamam. Kenapa dengan Neji sebenarnya. Jika benar dia tidak berniat menikahi dirinya. Kenapa perlu ada perkahwinan ini. Jika benar kerana paksaan semata-mata. Tapi, pelukan ini seperti Neji menghantarkan suatu mesej.

“Neji, awak…” Hinata cuba berpaling agar kelihatan jelas wajah Neji..

Neji melemparkan senyuman yang paling manis buat sepupu kesayangannya yang sudah merangkap Isteri. Tetapi, sayang perkataan itu akan terkubur semua setelah beberapa hari berlalu.

“Jangan risau. Tidak lama lagi awak boleh balik semula kepada Naruto.” Ujar Neji.

Hinata tidak mampu berkata-kata. Kenapa semua orang perlu pergi dari hidupnya. Mula-mula ayah. Ada tetapi seperti tidak ada. Setelah itu, Naruto. Setelah segala yang dilalui bersama lelaki itu pergi kepada seseorang yang dipanggil kekasih lelaki. Hem… sekarang suaminya sendiri akan meninggalkannya. Tidak layakkan dia untuk berasa bahagia seperti gadis lain diluar sana. Beruntung sekali jika jadi seperti Sakura dan Ino. Mereka bertegas dalam pilihan mereka sendiri. Kenapa tidak dia. Ya… seorang yang lemah yang tidak mampu memutuskan apa-apa tindakan. Dalam lamunan memikirkan nasibnya kelak, satu titisan air jernih menitis. Menangis.

“Hinata. Jangan menangis okey. Walau bagaimana sekali pun, saya tetap berada disisi awak walau dimana jua awak berada. Seperti dahulu.” Neji cuba menyakinkan Hinata bahawa dia setia menjadi pelindung dan penjaga kepada Hinata walau apa jua yang terjadi.

“Neji… sob…sob…” Dalam tangisan Hinata mengumam memanggil Neji.

“Hem…”

“Kenapa semua orang tidak sayang dengan saya. Semua orang nak tinggalkan saya. Saya langsung tidak bermakna kepada mereka ke? Kenapa ?” Rintih Hinata pada dada bidan Neji. Tangannya merangkul erat pinggang Neji. Melepaskan segala yang terbuku dihati.

Neji bertindak melurut rambut belakang Hinata. Pelukkan Hinata turut dibalas. Dia sendiri sedar, ketika zaman kanak-kanak dia sering memandang rendah pada Hinata dan mengejinya. Memandangkan gadis itu lemah dalam segala hal, itu menjadi tiketnya untuk mengenakan Hinata. Setelah dia selesai menjalanai latihan ninja, Hinata akan pulang dengan tersenyum riang. Seperti tidak ada tekanan yang berat di wajah itu. Manakala dia perlu memikirkan tentang pelajaran ninja yang diajar oleh keluarga. Katanya, Hinata perempuan. Belum masanya dia berlaja. Kata-kata itulah menjadikan Neji bangga dengan kebolehan yang ada.

Bila sudah matang, Hinata dipandang sebagai adik yang perlu dilindunggi dan dikasihi. Kanak-kanak memang tidak matang bukan. Bagaimanakah Hinata lalui zaman kanak-kanaknya? Pasti gembira. Ataupun sedih, sedih langsung tidak diperhatikan oleh keluarga. Setiap detiknya dihabiskan oleh pegawai peribadi Hinata waktu kecil. Sadis.

“Hinata wanita istimewa…” ujar Neji perlahan di teliga Hinata. Hinata hanya mendengarnya tampa riak.

“Hhuk…Hhuk…” Neji terbatuk. Mula-mula perlahan dan makin lama makin kuat.

“Neji. Awak tak apa-apa?” Hinata kerisauan apabila melihat Neji seperti menanhan sakit apabila tangan lelaki itu menyentuh dibahagian dada seperti sakit itu menjelma.

“Neji…” Hinata memegang bahi Neji dan tangan yang satu lagi bertindak mengurut dada bidan itu yang masih lagi dibaluti tuxedo  putih.

“Keluar….” Arah Neji.

“Tapi”

“Keluar!...” Tengking Neji kepada Isterinya, Hinata.
Dengan wajah yang tampak kerisauan dan terkejut bercampur akibat daripada tengkingan Neji akhirnya Hinata bertapak pergi. Kenapa dengan Neji? Dia sakit ke? Kenapa? Munkin benar apa yang selama ini dia fikirkan. Kebahagiaan untuknya hanyalah drama permainan bagi orang lain.


“TIDAK! Saya tahu awak nak jadi lebih kuat! Tapi bukan cara seperti ini!”

“Kampung kita banyak ninja yang handal, Hokage ketiga, Cikgu Kakashi, Pendita gatal dan Nenek hokage juga akan datang ke kampung Konoha nanti. Mereka ada, cukup kita menuntut ilmu. Bukan serah diri kepada orang lain untuk dipergunakan!”

Otaknya kembali mengingati kata-kata Naruto. Jika Naruto tidak menghalang waktu itu pasti dia akan menyesal seumur hidup. Membuat keputusan tanpa berfikir terlebih dahulu. Memang tidak boleh pakai, kenapalah dia perlu mendengar kata-kata Orochimaru yang baru setahun jagung mengenalinya. Perh… boleh menjadi Ahli pukau kalau macam itu. Tapi dia seorang ninja. Aduh! Kenapa dia terlupa, dalam ninja juga mempunyai tektik pukauan. Hai otak. Kau masih belum cukup kuat. Perlu berlatih dengan lebih kerap lagi selepas ini.

Tekat Sasuke. Bukan dia tidak sedar tentang semua perkara. Nafsu untuk mengalahkan dan membunuh Itachi sangat kuat. Apa entah lagi sekarang Itachi mempunyai jutsu sendiri. Gila! Dia perlu berusaha menandinggi lelaki itu.

Dalam perjalanan pulang daripada majlis perkahwinan Hinata dan Neji, dia berjalan menyusuri lalui belakang kedai-kedai. Malas muhu berserabut dengan warga kampung. Sakit mata. Wajah itu tersenyum riang, mana tidaknya wajah Naruto tampak tenang dan bahagia walaupun gadis kesangannya suudah menjadi milik orang lain. Dia faham sangat bahawa Naruto sangat mencintai Hinata. Tetapi, bagi Naruto kebahagian Hinata turut menjadi kebahagiannya dia juga. Dan bagi Sasuke kebahagian Naruto adalah kebahagian Dia juga. Hem… pelik bunyinya.

“Sasuke…” Panggil seseorang dengan suara yang agak serak. Mungkin baru lepas menangis.

“Hem…” Kaki Sasuke terhenti apabila melihat susuk tubuh yang tidak berapa dia kenali tetapi biasa dia tengok. Hmm… faham tak?

“Kau!” Gumam Sasuke.

“Sasuke, kenapa awak tidak datang. Saya tunggu awak sudah lama tahu tak.” Sasuke hanya menelan air liur. Orochimaru, sama ada nama mahupun bentuk badannya sangat mengerunkan. Tolonglah! Tolong pergi dari depan mata aku. Sungguh kau menyakitkan mata aku. Rintih hati Sasuke. Tetapi, jeritan batinnya hanya terdengar dihati. Dia tahu pelbagai cerita daripada warga konoha bahawa Orochimaru gemar menggunakan emosinya untuk menarik perhatian orang sekeliling. Jika terperangkap dengan jeratnya pasti sukar untuk keluar daripada gangguannya. Macam manalah boleh termasuk dalam jerat Orochimaru yang menyeramkan ini. Nasiblah Naruto menyelamatkannya. Haru…

“Kau siapa nak paksa-paksa aku. Kau tak apa-apa pertalian darah dengan aku. Jadi, apa-apa tindakan yang patut untuk aku, bukan kau yang tentukan.” Ujar Sasuke. Tampak sangat tenang dalam kata-katanya.

“Tapi, saya perlukan awak… sa..sa…” Teragak-agak Orochimaru mahu menyampaikan sesuatu. Kata-katanya terhenti disitu.

Dulu kata lain sekarang kata lain. Dulu kata dia akan menaja segala latihan Sasuke untuk menjadi kuat dan menandinggi Itachi. Sekarang terbalik pulak. Memang muka penipu.

Sasuke pula hanya memandang tajam kearah lelaki yang tampak pelik di matanya. Mana tidaknya, dengan pakaian jubah seluar, rambut yang panjang dan tidak terurus, muka putih melepak macam tepung gomak, bila pandang sekali sudah macam rupa ‘fuzoku’ pula. Hem… dunia-dunia, apalah nak jadi.

“Tuan Orochimaru…” Panggil Kabuto.

“Awak! Awak buat apa kat sini, kenapa awak ikut. Saya sudah cakap diantara kita sudah tiada apa-apa!” Marah Orochimaru kepada kabuto. Kabuto tidak puas hati, lalu dia menghampiri Orochimaru lalu berlutut disisi kaki lelaki yang berwajah tepung gomak itu.

“Tolonglah… sayang berikan saya peluang. Saya tahu awak masih sayangkan saya bukan.” Kerana emosi Kabuto terlepas memanggil Orochimaru. Maklumlah sudah terbiasa. Jika diluar mereka selalunya bersikap professional. Mungkin terkenan penangan Sasuke, sehingga kini Orochimaru tidak mampu lupakan. Hahaha…

Sasuke yang hanya menjadi penonton sedari dari tadi hanya berdiri membatu kebinggungan. Lalu dia menggeleng kepala. Kakinya melangkah untuk berlalu dari situ, malas melayan manusia seperti dihadapannya saat itu. Entah apa-apa.

“Sasuke….” Lirih sekali suara Orochimaru. Dia pula melutut di kaki Sasuke dan dengan pantas mengamik tangan itu lalu gengam.

“Sasuke... jangan… tolonglah bersama saya…” suara lirih itu sekali lagi merayu kepada Sasuke. Wajah Sasuke tampak berang.

“Bapok..” Ujar Sasuke.

Orochimaru terkejut dengan kata-kata Sasuke. Wajahnya berpaling ke wajah Sasuke untuk melihat keikhlsan di raup wajah itu.

“fuzoku!”

Orochimaru sekali lagi terkejut dan wajahnya kelihatan makin cemgkung daripada biasa macam zombie. Memanglah, pakai bedak macam tepung gomak siapa suruh, sekarang sudah nampak macam zombie. Namu Orochimaru tidak mampu membalas kata-kata Sasuke yang berbaur hinaan.

“Lelaki murahan…” Sekali lagi Orochimaru terkejut.

“Tak guna!…gila pangkat! Mata macam panda… gigi ular… rambut macam perempuan… bla…bla…bla…”

Selesai Saasuke melemparkan hinaan tentang luaran Orochimaru. Orochimaru terduduk lesu ditanah. Dia tidak menyangka hinaan seperti itu keluar daripada mulut Sasuke yang dahulunya adalah seorang yang namak sopan dan lemah lembut dihadaannya. Tetapi sekarang, sebaliknya Sasuke menghinanya seerti orang kampung yang lain. Teruk sangatkah dirinya disetiap mata warga kampung. Tidak layakkah dia mendapat kasih sayang daripada orang yang dia cintai. Kenapa?....

Sasuke mendugus dan berlalu pergi.

“Sasuke…” Sekali lagi Orochimaru merintuh perlahan. Manakala Kabuto yang sebelahnya terhantuk-hantuk kepalanya di tanah. Gila…

Bukan sasuke mahu menjadi kurang ajar, lebih-lebih kepada Orochimaru yang lebih tua daripadanya. Tetapi dia perlu melakukan itu untuk drinya juga. Dia perlu bebaskan dirinya daripada mempunyai apa-apa ikatan pun dengan Orochimaru tepung gomak. Walaupun kata-kata hinaannya yang dilemparkan kepada Orochimaru entah apa-apa, asalkan hatinya puas daripada fikirkan Orochimaru.

Benar kata Naruto, Nampaknya Orochimaru terlalu lemah untuk menjadikan dia seorang yang kuat dan mampu menandinggi Itachi. Ya, dia perlu menjadi lebih kuat untuk menandinggi Itachi.



Hidungnya menghirup udara yang segar di situ. Apa entahlagi dirinya berteduh dibawah pohon yang rendang dan segar sekali dengan warna hijau. Memang menyegarkan mata, mana tidaknya, dengan suhu udara yang normal dan sinaran cahaya matahari yang agak terik tetapi tidak berapa panas. Hem… selesa sekali.

Ingatannya terimbau kembali sewaktu dia melihat Naruto bermesra-mesraan dengan Sasuke. Masih lagi dia tidak jelas tentang hubungan mereka. Atau memang benar tekaan mindanya sebelum ini bahawa Naruto mempunyai wanita lain? Arggg… serabut sungguh otak ini memikirkan segala kemungkanan soalan yang berlegar di otak ini. Berat sekali bagi dirinya untuk melalui. Melihat Neji yang sudah hampir dua minggu hanya menyendiri daripada dirinya. Suka duduk termenung seorang diri, hanya duduk terperap didalam bilik sahaja. Dirinya yang melihat Neji berkeadaan begitu juga turut kebosanan. Tidak bosankah Neji?

Setiap kali dia bersendiriannya, dia hanya menghitung jari dengan mengingati kata-kata Neji bahawa lelaki itu akan melepaskannya setelah segalanya mulai reda. Keluhan berat dilepaskan bagi melegakan rasa terbuku dihati.

Drap!

Telinga Hinata menangkap bunyi ranting kayu terpijak. Hatinya berdebar kuat. Tidak perdah dia mengalami ketakutan seperti ini sebelum ini. Haish… kenapa ini?

Kepalanya di palingkan kebelakang terpandang wajah suaminya. Hinata bingkas berdiri bagi menghormati kehadiran suaminya.

“Awa… awak buat apa disini?” Tanya Hinata. Hairan. Taman ini sudah menjadi tempat harian untuknya, tetapi tidak pernah dia terluhat kelibat Neji walau pun sekali. Meroyan ke apa?

Tanpa menjawab soalan Dania, Neji terlebih dahu melabuhkan punggungnya disebelah Hinata. Teragak-agak Hinata untuk turut duduk diseblah Neji. Janggal dengan situasi itu. Mana tidaknya, belum pernah lagi dia duduk berdua-duaan dengan Neji. Boleh katakana ini adalah kali pertama kali dalam hidupnya.

“Hinata, awak cintakan Naruto.” Tenang sekali pertanyaan yang dilemparkan oleh Neji.

Hinata tidak terus menjawab. Hanya angukkan kecil menjadi jawapannya.

“Hem..” Neji hanya melepaskan keluhan.

“Saya ingat bila kita sudah kahwain dan Naruto sudah tinggalkan awak, awak akan mula mencintai saya. Hem…” Luah Neji. Di hatinya dalam diam dia mula mencintai isterinya yang sudah dua minggu dikahwininya.

Hinata terkelu. Neji mencintai dia kah? Wah… berita hangat ini, Neji seorang hati batu mencintai sepupunya sendiri.

Mata Hinata hanya tertunak kearah wajah Neji yang tampak tenang.

“Tapi, walau apa jua perasaan kita, apa jua yang berlaku diantara kita, saya tetap akan tunaikan janji saya. Saya akan lepaskan awak setelah segalanya selesai.” Ujar Neji.

Hinata tidak mampu berkata apa. Hanya menanti dalam debar. Ya Tuhan, inikah engakhirannya.

“Hhuk!...Hhuk!...” Neji terbatuk kecil. Tetapi, lama kelamaan semakin teruk batuk itu.

“Neji!” Terjerik Hinata mana tidaknya, ditelapak tangan terdapat suatu cecair setelah Neji menekup mulutnya.

“Neji kenapa dengan awak?” Tanya Hinata segan seribu kebimbangan.

Neji menggelengkan kepala. Tangannya yang terdapat secair, darah menggengam seperti menyimpan suatu di hati.

Neji yang tampak sangat tertekan ketika itu bingkas bangun dan melangkah perlahan. Hinata yang sedar kelakuan Neji mula tampak pelik dari biasa turut membontoti Neji, dengan pantas dia mendepakan tangannya bagi menghalang Neji dihadapan tubuh lelaki itu.

“Awak… Kenapa?” Seperti terdesak Hinata menayakan soalan. Dia mula menampakkan air jernih di tubir mata.

“Jangan halang!” bentak Neji dengan suara dinggin.

“Tidak!” Hinata berkeras.

Sekali lagi Neji mengengam jari jemarinya bagi memendam rasa. Perlahan-lahan dia menapak berdepan dengan Hinata. Perlahan-lahan dia merankul tubuh Hinata. Rambut panjang mengurai Hinata diurut-urut. Semakin lama semakin erat pelukan itu, seperti tidak mahu dilepaskan.

“Hinata…” Neji mengumam perlahan.

“Neji…” Hinata turut mengumam memanggil nama Neji pula.  Semacam sahaja bunyinya.

Satu kucupan hinggap di dahi Hinata. Lama sekali seperti itulah kali terakhir untuk dia menyium dahi putih, licin lagi gebu itu.

“Neji…” Hinata sekali lagi mengumam.

“Hyuga Hinata… Aku ceraikan kau dengan talak tiga.” perlahan-lahan dia mengucapkan kata-kata keramat ditelinga Hinata.

Hinata terkedu. Seperti diawan-awangan apabila kata-kata keramat itu dilapaskan. Air matanya yang tadinya ditahan dengan sedaya upayanya akhirnya menitis jua. Sedih, siapa yang tidak sedih. Walaupun perkahwinan tanpa cinta, tetapi diceraikan secara mengejut tanpa sebab yang munasabah memang boleh membangkitkan sedih. Jadi, apa maksud kata-kata cinta yang dilafaskan sebelum ini? Kata-kata cinta untuk melukai hatinya kah. Kejam sungguh Neji!

“Neji…”

Perlahan-lahan rangkuman dipinggang dilepaskan. Wajahnya tampak sangat bersahaja dan tenang sekali. Seperti tiada apa-apa yang berlaku.

“Tapi kenapa! Awak cakap cintakan saya! Tapi awak cer…ceraikan saya…” dengan emosi yang melanda di otak, dia mengajukan pertannyaan kepada Neji.

Neji hanya tersenyum manis. Baginya, ucapannya tadi adalah suatu yang mengarut. Tetapi dia perlu melakukannya demi kebahagian Hinata kelak. Walau bagaimanapun, dia berasa sangat gembira apabila melihat kesedihan Hinata di atas perpisahan ini. Ini bermakna ada sedikit walaupun  secebis rasa cinta Hinata untuk Neji.

“Neji!” Hinata sudah kegeraman. Tangannya dinaikkan dibahu Neji. Mengengam bahu dan mengoncang. Tergoncang tubuh itu.

Neji bertindak menepis kedua-dua belah tangan dengan lebut dan perlahan sekali.

“Saya akan mati…” Ujar Neji perlahan. Hinata tersentak.

“Penyakit kanse hati tahap empat. Puan tsunade pun tidak mampu mengubatinya, walaupun mengunakan jutsu terhebat sekali pun. Virus itu sedah mencengkam setiap sudut hati dan jika melakukan pembedahan sekali pun aku tetap akan mati.” Terang Neji. Tampak tenang sekali walaupun di fikiran pelbagai jenis emosi yang terpahat.

Hinata tidak mampu untuk berkata apa. Hanya tergamam.

Dengan tenaga yang masih tersisa. Neji melangkah pergi. Meninggalkan Hinata sendirinya dengan memandam rasa. Bagai mana dia mahu berhadapan dengan Hinata dan memberi ketenangan di jiwa sepupunya itu jika hatinya sekarang ini turut berperang dengan apa yang telah diucapkan. Huh!...

Hinata terjatuh melutut ditanah. Fikirannya berperang dengan kata-kata Neji dan Hatinya, seperti mimpi indah dan ngeri silih berganti. Apakah semua ini? Benarkah Neji mencintaannya, dan melepaskan dirinya agar dia tidak menanggung segala bebannan yang ada pada Neji. Kenapa dia perlu melakukan semua itu. Sebab cinta kah?

Air matanya tidak berhenti menangis, tangisi nasib dirinya dan tangisi takdir Neji. Otaknya memaikan kembali peti rakaman.

“Hyuga Hinata… Aku ceraikan kau dengan talak tiga.”






Bersambung...

ciao~~ ciao~~




1 comment:

  1. salam, ashi, cerita menarik, but gaya penulisan tu ada yg kena ubah sikit, ayat pon kena betuklan, n cerita tu sepatutnya pon diperbetulkan .... maaf klu teguran saya ini awak x suka . Good Luck semoga berjaya mnjadi penulis terkenal >.< jgn down tau saya harp satu hri nnt awak mnjadi penulis terkenal... trimalah teguran org itu dengan enang hati ye ;) Gambatte!!! truskan usaha >.<

    ReplyDelete

Setiap koment anda amat berharga bagi mengkaji tahap kekratifan karya ini.