Novel : Kahwin 6 bulan je?! BAB 1

Hello blogger, hari ini Ashi nak share sebuat novel yang bertajuk Kahwin 6 bulan je?!...
sebabnya Ashi dah baca and novel ni nampak unik dengan aksi bersahaja and love.

Hope sape yang da baca silalah comment. jangan malu-malu ek!

***


BAB 1

"Aku bagi kau orang RM 5000 setiap seorang. Aku nak kau orang berenam pastikan yang salah seorang daripada kau orang berenam dapat mencabul kehormatan budak tu!"

Suara wanita bangsawan yang dikenali ramai itu memetir memberi arahan ke arah enam orang anak buahnya yang semua berpakaian hitam. Mereka semua tunduk memandang lantai, tidak berani bersemuka dengan wanita yang kadang kala boleh bertukar menjadi sejahat syaitan itu.

"Er...tapi Madam...bukan ke Lady Ixuna tu..."

"Shut up!" Tengkingan Puan Sri Amylin atau lebih dikenali sebagai Masam Amy menyebabkan satu pejabat itu sunyi sepi. Salah seorang daripada pemuada berpakaian hitam yang berani membuka mulut tadinya sudah kehilangan kata-kata. Semua terpegun dan terkaku.

"Tak payah banyak soal arahan aku. Sekarang, cepat jalankan tugas kamu berenam. Aku tahu menjelang petang ini, budak tu dah melutu meminta maaf daripada aku. Kamu semua Faham!?

"Faham Madam!"

***
Sekumpulan gadia yang terdiri daripada tujuh orang gadis beruniform Sekolah Tinggi Persendirian Maxwell sedang menyusuri jalan raya dengan gelak ketawa. Lima daripadanya kelihatan seperti pelajar-pelajar normal sahaja manakala dua orang lagi mengenakan uniform sekolah dnegan style gothic  dan make up seperti gadis black metal. Banyak mata daripada kenderaan yang lalu lalang memandang mereka pelik.

"Akak, terima kasih banyak-banyak sebab sudai jadi guitaris persembahan kami hari ini. Sayang akak sanggat-sanggat." Putri Elya Enrisya memeluk erat tubuh langsing gadis yang berambut panjang paras pinggan yang wajahnya langsung tidak mempamerkan kelembutan apabila disolek seperti itu.

"Wah, comelnya adik akak ni! Akak sanggup buat apa saja untuk kamu Elya." Apabila membuka mulut, hilang semua gaya black metalnya. Boleh pula gadis itu terlonjak-lonjak di tepi jalan seraya mencubit pipi gebu Elya dan mereka berpelukan gembira.

"Alah akak ni, untuk Elya je ke akak sanggup buat apa-apa saja? Untuk Reny, akak tak sanggup ke? Reny sedih..." Putri Reny Yuliana mula menarik muncung sedepa dan mula menunjukkan tanda ingin mengalirkan air mata.

"Hek eleh, tak payaglah nak sedih bagai. Akak sayang kamu sama rata!"

Ixuna menjerit girang sebelum memeluk tubuh Reny pula. barulah senyum lebar terpamer di bibir gadis itu. Mata yang lainnya hanya bisa melihat dan menggeleng geleng kepala. Masak benar dengan perangai mereka bertiga.

:Xuna, dah dah lah drama berpelukan kau ni. Jomlah balik, nanti papa kau bisinglah." Syahida atau lebih dikenali sebagai Ida, seorang lagi gadis berpakaian gothic mula membuka mulut apabila anak majikannya kelihatan tidak ingin berlalu pulang. Susah betul hendak menguruskan cik mudanya yang seorang itu.

Belum sempat Xuna membalas kata-kata Ida, sebuah kereta Toyota Alphard tiba-tiba saja meluncur laju dan berhenti di kawasan mereka berdiri.Tiga orang lelaki berpakaian serba hitam dengan topeng hitam keluar daripada kenderaan itu bersama sebilah pisau di tangan masing-masing.Mereka menghunuskan pisau itu kepada rakan-rakan Ixuna sebelum dengan paksa mengheret Ixuna masuk ke dalam kereta itu.Kelihatan tiga lagi lelaki lain yang berpakaian sama turut menanti kehadiran Ixuna dalam kenderaan itu.

“Kak Ida,Kak Xuna kena culik.Apa yang kita patut buat ni?!!!” Siti Solehanom,salah seorang daripada sahabat Elya dan Reny menjerit ketakutan apabila melihat kereta Toyota Alphard tadi sudah berlalu pergi.

“1 saat” Ida tidak menjawab pertanyaan pelajar Tingkatan 5 itu namun dia melihat jam tangannya dan mula mengira.Sahabat-sahabat Reny dan Elya yang lain mula cuak dan ketakutan.Wajah mereka kelihatan pucat dan tidak bermaya.

“20 saat” Reny turut melakukan perkara yang sama.

"35 saat."

'Gdgang!'

Tamat saja Elya mengira,satu bunyi hentaman kuat kedengaran tidak jauh di hadapan mereka.Kelihatan kereta Toyota Alphard yang membawa Ixuna pergi tadi melanggar penghadang jalan.

“Rekod baru.” Ida menggumam kecil sebelum senyum segaris.Pantas saja dia dan yang lainnya berlari anak mendapatkan kawasan kereta Toyota Alpahard yang sedang tersadai di tepi jalan raya itu.Beberapa buah kereta yang melihat kemalangan itu turut memberhentikan kereta dan meninjau keadaan yang terjadi.

“Rekod baru.” Ida menggumam kecil sebelum senyum segaris.Pantas saja dia dan yang lainnya berlari anak mendapatkan kawasan kereta Toyota Alpahard yang sedang tersadai di tepi jalan raya itu.Beberapa buah kereta yang melihat kemalangan itu turut memberhentikan kereta dan meninjau keadaan yang terjadi.

“Adik,adik okey? Ada cedera mana-mana tak?” Seorang orang tua dalam umur lingkungan 40-an bertanya penuh perhatian kepada gadis berpakaian pelik yang baru saja keluar daripada perut Toyota Alphard itu dan membetul-betulkan uniformnya yang sedikit terbuka.

“Alhamdullilah pakcik,saya okey sahaja.Tapi…mereka berenam dalam kereta tu perlukan ambulans.Pakcik tolong talifonkan ya? Kasihan mereka.Kredit saya tak cukup untuk buat panggilanlah.”

Ixuna bersuara ceria sebelum kembali mendapatkan rakan-rakannya yang berdiri tidak jauh dari tempat kejadian dengan mulut melopong dan mereka menapak pergi.Sementara orang tua yang menegur Ixuna tadi segera saja menalifon ambulans apabila mendapati enam orang pemuda berpakaian serba hitam dalam kereta itu sedang mengerang kesakitan.Ada yang memegang tangan,kaki,juga leher.Mereka semua kelihatan seperti mengalami kesakitan yang parah.Apa yang peliknya,mengapa pula gadis muda tadi tidak mengalami sebarang kecederaan?

***
Jam menunjukkan pukul enam petang apabila Ixuna menapak masuk ke dalam pejabat utama empayar Rene Scent Corporation atau lebih dikenali sebagai RS Corporation.Dia masih mengenakan pakaian yang sama sewaktu berdepan dengan pemilik syarikat itu.

“Mama,lain kali kalau nak hantar orang untuk rogol anak mama ni..hantarlah yang kuat sikit.Ni serupa tak makan nasi ajer..Ape kelas..”

Ixuna duduk mencangkung di atas sofa pejabat mamanya sambil memakan sebiji epal yang terdapat di atas meja kopi.Madam Amy yang duduk di kerusi CEO hanya memandang anak perempuannya dengan satu dengusan kasar.

“Kamu ke mana Ixuna dengan pakaian macam tu? Kamu dah gila atau kamu dah terikut dengan perangai lelaki pondan tu?!”

Madam Amy membaling sebiji pasu kaca yang berdekatan dengannya ke arah puterinya namun anak gadisnya itu sempat menangkap dengan selamba.Madam Amy tersenyum bangga dalam hati.Vifeinia Ixuna masih tidak berubah.Gadis itu masih puteri sejatinya.Sangat tangkas dan kuat!.

“Mama ni..janganlah main baling-baling pasu.Ni pasu buatan Italy tau? Mahal harganya.Papa yang belikan untuk mama.” Ixuna mengusap usap pasu yang dibaling mamanya sebentar tadi di pipi sebelum meletakkan pasu itu kembali ke tempat asalnya.Dia duduk bersemuka dengan mamanya.

“Ada mama kisah.Mama peduli apa pasu ni daripada siapa pun?.Kamu tak jawab lagi soalan mama Xuna,kamu ke mana dengan pakaian macam ni? Si pondan tu ke yang buat baju pelik kamu ni?” Madam Amy memandang anaknya dengan pandangan meluat.Sangat tidak menyukai puterinya berpakaian pelik seperti itu.

“Mama,si pondan tu bekas suami mama tau.Papa Xuna.Tak baik mama cakap papa macam tu..Baju ni memanglah dari butik papa.Tapi..Xuna pinjam sekejap je,sebab hari ini Xuna tolong Elya dengan Rainy buat persembahan.Guitaris…”

Penerangan Ixuna membuatkan Madam Amy bernafas lega.Dia tahu anak gadisnya yang baru berusia 25 tahun itu tidak pandai menipu.

“Kamu ni takde kerja ke apa Xuna.Elya dengan Reny tu budak sekolah menengah kan.Yang kamu masih bercampur dengan budak-budak mentah macam mereka tu kenapa?”

“Saja.Xuna suka dengan budak-budak.Siapa suruh mama tak beranak lagi.Kalau Xuna ada adik mesti Xuna takkan berkawan dengan budak budak sekolah menengah lagi.”

Madam Amy hanya mampu mengetap bibir geram mendengar bicara selamba puterinya.

“Kalau kamu suka sangat budak kecil.Apa kata kamu beranak.Ada anak sendiri lagi bagus kan?” Madam Amy mengutarakan cadangan dan Ixuna sudah ketawa terbahak-bahak.

“Ooo..jadi inilah tujuan mama suruh anak buah mama rogol Xuna ya? Mama nak cucu dari benih yang haram ke?”

Ixuna berkata dengan gelak besarnya dan wajah Madam Amy sudah merah menyala menahan bengang.Takkanlah dia hendak cucu dari benih yang haram.Dia tahu yang Ixuna mampu mengalahkan 20 orang lelaki gagah sekalipun jika ia melibatkan perkara untuk mempertahankan maruah diri.Anaknya itu bukan calang-calang orang.Ilmu mempertahankan diri penuh di dada.Tujuannya mengupah enam pemuda tersebut adalah untuk menguji kepantsan dan kecekapan anaknya menghadapi masalah.Manalah tahu anaknya akan berubah menjadi gadis yang lembik apabila duduk serumah dengan bekas suaminya yang serupa pondan itu.

“Jangan nak merepek Ixuna.Mama serius.Mama teringin melihat kamu berkahwin dan mama teringin kamu melahirkan cucu untuk mama.”

“Boleh.Tunggulah dua atau tiga tahun lagi.Tunggu Emrys,tunang kesayangan anak mama ni,melamar dan memperisterikan Ixuna ya mama.”

Ixuna bangun daripada duduknya,mencium pipi Madam Amy yang masih tegang dan cuba berlalu pergi.Malas mendengar bebelan mamanya yang sibuk menyuruh dia cepat berkahwin.

“Alex Emrys bukan lagi tunang kamu Ixuna.Bila kamu nak sedar hakikat itu?” Suara Madam Eclair mematikan langkah Ixuna.

“Kami tak pernah putus tunang mama.Dia sentiasa menjadi lelaki pertama yang layak memperisterikan puteri mama ni.”

‘Prang!’ Bunyi kaca berderaian memenuhi pejabat luas itu.Kali ini Ixuna tidak menangkap pasu kaca yang dibaling mamanya namun dia hanya menepis kasar dan pasu bunga itu jatuh ke lantai.Angin Madam Amy sudah kembali buruk.

“Kamu jangan jadi bodoh Ixuna.Dia dah tinggalkan kamu.Lebih ramai lelaki kat luar sana yang layak menjadi suami kamu!?” Madam Amy menengking.

“Really?.Kalau macam tu,mama carilah calon suami yang sesuai untuk Ixuna.Syaratnya lelaki tu mesti lebih kuat daripada Xuna.Kalau mama dapat cari,Xuna sudi berbincang untuk berkahwin dengan lelaki lain.Jika tidak,Xuna sentiasa menanti Alex…Assalammualaikum mama.Kirim salam dekat daddy Haris.” Ixuna bersuara tegas sambil membelakangkan mamanya sebelum berlalu keluar.

Madam Amy yang tadinya berdiri,terduduk di kerusinya.Manalah dia hendak cari pemuda yang lebih kuat daripada Ixuna? Sebelum ini hanya Alex Emrys yang bisa mengalahkan puterinya itu.Namun,calon menantu pilihannya itu sudah menghilangkan diri.Jadi,siapa pula yang boleh menggantikannya?


NOTE: Kepada sesiapa yang mengidamkan lanjutan Novel kahwin 6 bulan je?! sila click pada link tersebut.

sila comment di bawah :)

ciao~ciao~

-









No comments:

Post a Comment

Setiap koment anda amat berharga bagi mengkaji tahap kekratifan karya ini.